• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Pasangan ‘Kunyit’ Kena Cekup Di Bilik Hotel

oleh AK-47
18/07/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KALIMATAN SELATAN – Rakaman video pasangan gay yang dicekup pihak berkuasa ketika melakukan serbuan di sebuah bilik hotel baru-baru ini menjadi tular menerusi laman sosial.

Lapor Tribunnews, anggota polis dari daerah Banjarmasin Timur yang diketuai Asisten Komisioner Desa Yulianti melakukan serbuan selepas menerima aduan daripada pemilik hotel yang curiga dengan tingkah laku dua penghuni itu, minggu lalu.

Dalam rakaman video berdurasi tiga minit 30 saat itu, polis pada mulanya mengetuk beberapa kali pintu bilik hotel berkenaan dan kedua penghuni terbabit mengambil masa 10 hingga 15 minit untuk membuka pintu.

Setelah memperkenalkan diri dan menyatakan tujuan kehadiran mereka di situ, penghuninya memberi keizinan kepada pihak berkuasa untuk melakukan pemeriksaan.

Ketika memasuki bilik tersebut, seorang lelaki yang berusia lingkungan 40-an dilihat tanpa berpakaian baring di atas katil.

Pihak berkuasa kemudian mengeledah bilik itu termasuk barang-barang peribadi dua lelaki berkenaan.

Polis kemudian meminta kad pengenalan mereka untuk direkodkan, selain melakukan pemeriksaan ke atas badan salah seorang lelaki terbabit.

Pada awalnya, pihak berkuasa tidak menemui apa-apa namun berasa aneh dengan kelakuan dua lelaki itu yang mengaku mereka bekerja di satu pejabat yang sama.

Tidak lama selepas itu, polis menemui sebotol gel berwarna biru, dipercayai minyak pelincir yang digunakan untuk melakukan hubungan seks.

Apabila ditanya, lelaki berbaju kelabu menyatakan gel itu baru dibeli dan ia belum digunakan lagi, malah cuba memberikan alasan gel itu digunakannya untuk bersama dengan isteri.

Malangnya keadaan botol itu menunjukkan bahawa gel itu telah digunakan dan perkara itu kemudiannya disoal anggota polis.

Selain itu, polis turut menemui tisu-tisu yang dipercayai telah digunakan selepas melakukan hubungan seksual, di dalam tong sampah bilik tersebut dan sehelai pakaian wanita yang mungkin dipakai lelaki terbabit.

Polis kemudian menahan kedua-dua lelaki terbabit yang disyaki telah melakukan hubungan seks di luar tabii, untuk tindakan selanjutnya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: gayhomoseksualIndonesia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden MIC, Kohilan Pillay menyuarakan kebimbangan terhadap kenaikan mendadak harga diesel di Malaysia yang didakwa...

Dakwaan Malaysia Serah 5,207 Hektar Tanah Kepada Indonesia Tak Benar, Satu Penipuan – PM

Dakwaan Malaysia Serah 5,207 Hektar Tanah Kepada Indonesia Tak Benar, Satu Penipuan – PM

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Dakwaan Malaysia menyerahkan seluas 5,207 hektar tanah kepada Indonesia sebagai pampasan bagi tiga kampung di Nunukan, Sabah-Kalimantan adalah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd