• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Usul Kecam Kekejaman Israel Harap Dapat Dibahas

oleh Ahmad Albab
26/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PAS berharap usul bagi mengecam kekejaman rejim Israel terhadap Palestin dapat dibahaskan segera pada sidang Dewan Rakyat kali ini.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata PAS telah menghantar usul itu kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini susulan pencerobohan tentera rejim Israel ke atas Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis sejak 14 Julai lepas, yang bermula dengan peristiwa berdarah menyebabkan kematian dua tentera Israel dan dua rakyat Palestin.

“Hal kekejaman ini merupakan soal pencabulan yang melampau. Kita hantar usul ini agar ia dapat dipertimbangkan supaya kita dapat mengeluarkan satu resolusi mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel ini.

“Kita berharap usul itu akan dapat dibahaskan dan disokong oleh semua anggota Parlimen tanpa mengira parti politik. Jika usul berhubung perkara ini diusulkan pihak lain, kami juga akan menyokong,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Terdahulu, pada sidang media berasingan Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang turut menyerahkan usul sama berkata semua pihak perlu mendesak Israel menghentikan penutupan Masjid Al-Aqsa dan mengembalikan hak umat Islam untuk beribadat di masjid itu. – BERNAMA

Tags: Datuk Takiyuddin Hassan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Takiyuddin Disahkan Positif Covid-19

11/11/2021
0

Menteri Tenaga dan Sumber Asli Takiyuddin Hassan positif Covid-19 dan perkara itu disahkan Menteri Undang-undang Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Wan...

UMNO Runtuh, PAS Perlu Ke Depan Perjuang Agenda Melayu Islam

16/12/2018
0

ALOR SETAR - PAS menyifatkan krisis yang melanda UMNO kebelakangan ini telah meruntuhkan struktur kepimpinan parti itu sekaligus dilihat tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd