Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Berhati-Hati Dengan Cara Baru...

Pernahkah anda terserempak dengan gambar di atas yang di mana penunggang motorsikal mengambil...

Cuaca Pagi Diramal Baik...

KUALA LUMPUR - Cuaca di seluruh negara pada keseluruhannya diramal baik pada waktu...

“Hubungan Tak Baik, Tapi...

MASIH berlanjutan isu krisis antara Fasha Sandha dengan Nora Danish gara-gara episod 'dihalau'...

Empat Lelaki Warga Afrika...

KUALA LUMPUR - Empat lelaki warga Afrika ditahan dalam operasi Ops Lusuh oleh...

Uqasha Hampir Ditumbuk Wanita Bertudung Labuh?

BEBERAPA hari yang lalu, pelakon cantik dari Kelantan ini, Uqasha Senrose telah memuat naik sebuah video apabila dia ‘mengadu’ tentang sebuah kejadian yang mengejutkan telah berlaku kepada dirinya.

Ketika itu Uqasha, 25, baru sahaja selesai mengisi minyak di sebuah stesen minyak di kampung halamannya, Kelantan. Tanpa disedari, kereta Uqasha telah ‘dipancung’ oleh sebuah kereta milik seorang wanita yang tidak dikenalinya.

Wanita tersebut telah menunjukkan sign penumbuk kepada Uqasha. Uihh… Garangnya akak ni siap bagi penumbuk lagi tu!

Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha binti Nik Sen, ketika ditemui oleh sebuah portal telah menjelaskan sebab utama kenapa dia memuat naik video seperti itu.

“Saya tiada niat buruk. Niat saya hanya ingin berkongsi apa yang terjadi pada saya. Malah, saya juga ingin netizen di luar sana mengambil pengajaran kisah saya”

“Apa yang saya ingin sampaikan, sebagai wanita kita haruslah menjaga adab. Saya bukan menghentam wanita tersebut kerana dia bertudung. Tapi saya cuma mahu sampaikan yang tindakan seseorang itu haruslah menggambarkan karakter dan perilakunya.”

“Bagi saya, tak ada sebab kita nak bergaduh sesama perempuan. Kita kan perempuan, kenalah jaga adab dan akhlak”, katanya kepada portal tersebut


Uqasha juga menjelaskan bahawa dia tiada masalah jika wanita tersebut mahu dia meminta maaf secara terbuka walaupun itu bukan salahnya yang memulakan pergaduhan.

Tapi tak perlulah rasanya wanita tu nak keluarkan telefon bimbitnya konon nak tunjuk yang Uqasha salah sebab nak ‘serang’ dia kan? Dia juga menjelaskan dia tiada masalah dengan sesiapa pun. Ianya cuma salah faham sahaja.

Ataupun mungkin wanita tu peminat tegar drama Hero Seorang Cinderella… Jadi dia terikut ikut dengan watak jahat yang dibawakan oleh Uqasha sampai buat macam tu sekali.

Yelah, dalam drama tu kan si Puteri ni jahat sangat! Kot dia ingat Uqasha ni terbawak watak sampai keluar set kot.. Hehehe… – MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah

Kategori