• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Upload Gambar Motor Curi, Penganggur Dicekup Polis

oleh
19/07/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUAT baik berpada-pada. Buat jahat jangan sekali.. Sebab bila dah kantoi, nak meratap tepi katil pun dah tak mampu!

Nasib malang seorang lelaki apabila dia dengan bangganya memuat naik gambar motosikal SYM ‘barunya’ di Whatsapp group bertujuan untuk mengajak mana-mana gadis keluar bersama yang akhirnya telah mengheret dirinya ke dalam lokap polis.

Rupa-rupanya pemilik motor tersebut juga turut berada di dalam Whatsapp group tersebut dan perkara itu terus dilaporkan kepada pihak polis.

“Malangnya dia (suspek) tidak sedar bahawa pemilik motosikal itu turut berada di dalam kumpulak Whatsapp yang sama. Malah pemiliknya pernah membuat laporan polis mengenai kehilangan motosikalnya di Balai Polis Labis, minggu lalu”, kata Ketua Polis Daerah Segamat, Supritendan Raub Selamat yang dipetik daripada akhbar harian.

Suspek, 26, yang berasal dari Segamat, Johor merupakan seorang penganggur mencuri motor tersebut dan telah memalsukan nombor pendaftaran motor.

Seorang pegawai polis wanita telah menyamar dan berpura-pura kononnya berminat untuk keluar bersama suspek untuk menaiki motor ‘barunya‘. Port dating telah dipersetujui iaitu kira-kira 30 meter jaraknya dari pejabat polis yang berhampiran.

Belum sempat nak berseronok, suspek telah diberkas oleh beberapa orang anggota polis lelaki yang bersembunyi di kawasan semak berhampiran mereka.

Jadi, fikirlah banyak kali sebelum nak buat jahat. Jangan ingat orang jahat senang-senang je nak terlepas bila buat jenayah ya! – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Ainaa Hafizah

Tags: curimotor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Empat Lelaki Mengaku Bersalah Curi Tabung Masjid Di Shah Alam, Tiga Dipenjara Enam Bulan

Empat Lelaki Mengaku Bersalah Curi Tabung Masjid Di Shah Alam, Tiga Dipenjara Enam Bulan

03/03/2026
0

SHAH ALAM – Empat lelaki termasuk seorang remaja berusia 17 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini...

Padah ‘Rem’ Ekzos Bising, Pelajar Kena Tolak Motor 3.5km Ke Balai

Padah ‘Rem’ Ekzos Bising, Pelajar Kena Tolak Motor 3.5km Ke Balai

20/02/2024
0

HULU SELANGOR - Tindakan sekumpulan remaja menjadikan sebuah bangunan kosong di Jalan Kemboja, Bukit Sentosa dekat sini sebagai lokasi mempamerkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd