Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Jadi ‘Anak Jantan’ Pertahan...

BAGAN DATUK - Anggota Pergerakan Pemuda UMNO di setiap peringkat perlu menjadi 'anak...

Jangan Terpedaya Analisis BN...

BATU PAHAT - Ahli UMNO diminta supaya tidak terpedaya dengan analisis kajian pihak...

Aidilfitri: Bomba Kelantan Guna...

PASIR PUTEH - Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan akan mendapat khidmat 350 anggota...

Pencegahan Pandemik Untuk Penghidap...

Mengurangkan risiko kematian akibat COVID-19 dengan mendapatkan vaksin, mengamalkan langkah pencegahan jangkitan, dan penjagaan diri yang baik.Seorang wanita menghidap diabetes jenis 2, hipertensi (tekanan darah tinggi) dan obesiti.

Trend Kemalangan Bahan Kimia Membimbangkan

KUALA TERENGGANU – Trend kemalangan melibatkan bahan kimia yang mencatatkan peningkatan saban tahun semakin membimbangkan, kata Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim.

Katanya dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini sebanyak 1,297 kes telah direkodkan di seluruh negara dan kebanyakan kes membabitkan bahan kimia seperti petrol, diesel, gas petroleum cecair (LPG) dan produk-produk petroleum yang lain.

“Sepanjang tahun lepas, sebanyak 1,869 kes telah dicatatkan dengan membabitkan 28 kecederaan. Paling banyak kes bahan petrol akibat tumpahan minyak, kes kemalangan jalan raya dan sebagainya,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Pengendalian Bahan Kimia Berbahaya yang dihadiri 500 pemain industri petroleum dari seluruh negara.

Sementara itu, Wan Mohd Noor berkata pasukan bomba juga perlu berdepan dengan cabaran untuk mendalami dan memahami jenis-jenis bahan kimia sebelum melakukan operasi bagi mengelak sebarang kesilapan.

Berikutan itu katanya, penganjuran seminar berkenaan adalah tepat pada masanya dan ia mampu  memberi pendedahan dan persediaan tindakan kecemasan yang boleh dilakukan.


“Jika berlaku kejadian di tempat masing-masing, mereka dapat memberikan tindakan awal sementara menunggu pihak bomba tiba.

“Pemain industri juga turut mengambil inisiatif sendiri dengan menubuhkan skuad pencegahan bahan kimia, setakat ini dua telah diwujudkan iaitu di Pasir Gudang, Johor dan Gebeng, Pahang,” katanya.

– BERNAMA

Kategori