• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Trend Kemalangan Bahan Kimia Membimbangkan

oleh AK-47
11/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Trend kemalangan melibatkan bahan kimia yang mencatatkan peningkatan saban tahun semakin membimbangkan, kata Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim.

Katanya dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini sebanyak 1,297 kes telah direkodkan di seluruh negara dan kebanyakan kes membabitkan bahan kimia seperti petrol, diesel, gas petroleum cecair (LPG) dan produk-produk petroleum yang lain.

“Sepanjang tahun lepas, sebanyak 1,869 kes telah dicatatkan dengan membabitkan 28 kecederaan. Paling banyak kes bahan petrol akibat tumpahan minyak, kes kemalangan jalan raya dan sebagainya,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Pengendalian Bahan Kimia Berbahaya yang dihadiri 500 pemain industri petroleum dari seluruh negara.

Sementara itu, Wan Mohd Noor berkata pasukan bomba juga perlu berdepan dengan cabaran untuk mendalami dan memahami jenis-jenis bahan kimia sebelum melakukan operasi bagi mengelak sebarang kesilapan.

Berikutan itu katanya, penganjuran seminar berkenaan adalah tepat pada masanya dan ia mampu  memberi pendedahan dan persediaan tindakan kecemasan yang boleh dilakukan.

“Jika berlaku kejadian di tempat masing-masing, mereka dapat memberikan tindakan awal sementara menunggu pihak bomba tiba.

“Pemain industri juga turut mengambil inisiatif sendiri dengan menubuhkan skuad pencegahan bahan kimia, setakat ini dua telah diwujudkan iaitu di Pasir Gudang, Johor dan Gebeng, Pahang,” katanya.

– BERNAMA

Tags: Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pusat Agama Lain Akan Mula Diperiksa JBPM

26/10/2017
0

SEREMBAN - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan melaksanakan kerja-kerja pemeriksaan terhadap semua pusat agama selepas selesai menjalankan pemeriksaan...

Lebih 40% Sekolah Tahfiz Tak Patuhi Aspek Keselamatan

08/10/2017
0

LABUAN - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mengenal pasti sekurang-kurangnya lebih 40 peratus daripada jumlah keseluruhan 1,657 sekolah tahfiz yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd