• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Thailand Minta Malaysia Tangkap Warga Pakistan

oleh AK-47
16/07/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Seorang rakyat Pakistan dipercayai menyusup masuk ke Malaysia selepas mayat isterinya ditemukan di rumah sewa mereka di Daerah Nongchok di sini, semalam.

Dua anak Nappasorn Pathan, 39, menemukan mayat wanita Thailand itu di rumah berkenaan apabila mereka pulang dari sekolah.

Polis memberitahu bahawa kedua-dua kanak-kanak itu adalah hasil daripada perkahwinan wanita berkenaan dengan suami terdahulu.

Ketua Polis Nongchok Kolonel Pornthep Sutipanya berkata polis telah meminta bantuan rakan sejawatan dari Malaysia untuk menjejaki rakyat Pakistan itu yang disyaki membunuh isterinya.

Menurutnya siasatan awal menunjukkkan rakyat Pakistan itu meninggalkan rumah berkenaan pada kira-kira 3 petang (waktu tempatan) semalam dan menuju ke Lapangan Terbang Dong Mueang Airport untuk menaiki pesawat ke Hatyai.

Lelaki itu disyaki menyusup masuk ke ke Malaysia dari sana, katanya.

“Kami telah menulis surat kepada polis Imigresen Hatyai bagi mendapatkan bantuan mereka mengesan lelaki berkenaan,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Pornthep berkata jiran mereka mendengar pasangan itu bertengkar dengan kuat selama tiga hari berturut-turut sebelum mayat Nappasorn dijumpai.

Sementara itu, polis Thailand ingin menghubungi Mien Wakas Ahmad, 27, untuk membantu siasatan kes berkenaan.

Mereka yang mempunyai maklumat tentang lelaki itu diminta menghubungi balai polis berhampiran. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

17/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Semua akaun bank milik Cropmate Berhad dan anak-anak syarikatnya yang sebelum ini dibekukan berhubung siasatan...

Cerita Pada Anak Cucu Zaman Anwar Rakyat Miskin Tak Terlalu Risau Beli Beras – Aktivis PH

Cerita Pada Anak Cucu Zaman Anwar Rakyat Miskin Tak Terlalu Risau Beli Beras – Aktivis PH

17/07/2026
0

KUALA LUMPUR – "Kalau satu hari nanti Anwar Ibrahim bukan lagi Perdana Menteri…Aku akan cerita kepada anak cucu aku pernah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd