• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, October 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terengganu Hargai ExxonMobil Dalam Pendidikan Rakyat

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu sangat menghargai bantuan diberi oleh syarikat cari gali minyak dan gas, ExxonMobil ke arah pembangunan sosioekonomi rakyat negeri itu khususnya dalam bidang pendidikan selama ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Sains, Teknologi Dan Transformasi Kerajaan negeri, A Latiff Awang berkata pada tahun ini, syarikat itu telah menyumbang sebanyak RM462,000 dan 24 komputer riba untuk digunakan dalam program pembangunan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Matematik dan Bahasa Inggeris (STEM).

“Daripada jumlah itu, sebanyak RM250,000 telah disalurkan kepada program kelab STEM ExxonMobil yang dilaksanakan dengan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk melatih 64 guru sekolah terlibat.

“Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu pula menerima RM120,000 di bawah program Anugerah Pelajar Cemerlang STEM dan ‘Mathematic Innovation Challenge’.

“Sebanyak RM40,000 pula disalurkan kepada Pusat Sains dan Kreativiti bagi menganjurkan program ‘Spark Your Creativity Challenge’ manakala bakinya adalah untuk pembangunan program kem Bahasa Inggeris,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan oleh ExxonMobil untuk program pendidikan dan kemasyarakatan Terengganu di sini hari ini.

Majlis penyerahan sumbangan disempurnakan Pengerusi Subsidiari-Subsidiari ExxnMobil Malaysia, Edward Graham kepada wakil jabatan dan agensi penerima sumbangan dengan disaksikan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Mohd Zubir Embong.

A Latiff berkata ExxonMobil juga telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM50,000 pada awal tahun ini dalam menyokong program Anugerah Hari Guru Negeri Terengganu.

Kerajaan negeri berharap ExxonMobil akan sentiasa terus membantu kerana banyak lagi perkara dalam agenda pembangunan rakyat yang perlu dilaksanakan khususnya dalam bidang pendidikan, sumber manusia dan pembangunan insan, katanya. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Gesa Kerajaan Beri Rebat Cukai RM1,000 Beli Penapis Udara, Kritik Kerajaan Enggan Saman Indonesia

Lim Guan Eng Gesa Kerajaan Beri Rebat Cukai RM1,000 Beli Penapis Udara, Kritik Kerajaan Enggan Saman Indonesia

20/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan yang juga Penasihat DAP, Lim Guan Eng menggesa kerajaan meluluskan rebat cukai khas RM1,000...

Bukit Panchor Pernah Dikenal Pasti Kawasan Berisiko Jenayah – Fadhlina Sidek

Bukit Panchor Pernah Dikenal Pasti Kawasan Berisiko Jenayah – Fadhlina Sidek

20/10/2026
0

NIBONG TEBAL - Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, Bukit Panchor pernah dikenal pasti sebagai kawasan berisiko...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd