• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Taman Hidupan Liar Lok Kawi Perlu Dipindahkan

oleh AK-47
24/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Taman Hidupan Liar Lok Kawi di sini perlu dipindahkan ke lokasi lain berikutan ruangnya yang terhad, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun.

Beliau berkata walaupun kerajaan negeri telah mempertimbangkan tapak baharu di Sugud, Penampang, perkara itu memerlukan persetujuan penduduk kampung di situ memandangkan hutan tersebut juga tempat mereka memperoleh sumber kayu api.

“Saya percaya Sugud paling ideal. Lokasi itu paling dekat (dengan Lok Kawi),” katanya kepada pemberita selepas majlis Aidilfitri di sini hari ini.

Pada masa sama, Masidi berkata secara peribadi beliau berpandangan sudah tiba masanya satu perancangan yang jauh ke depan dibuat berhubung isu berkenaan demi faedah generasi akan datang.

Katanya taman itu juga tidak wajar dilihat sebagai zoo memandangkan kebanyakan haiwan berkenaan merupakan haiwan yang disita daripada pemilik persendirian dan perlu dilepas dalam persekitaran semula jadi, bukan dikurung seperti di zoo.

Beliau juga berharap masyarakat turut mengambil kira usaha Jabatan Hidupan Liar Sabah  menjaga kebajikan haiwan di taman terbabit dalam persekitaran yang sempit.

“Mereka boleh menutup taman itu dan bebaskan hidupan liar berkenaan di hutan, namun kebanyakan haiwan tersebut memerlukan rawatan perubatan,” katanya.

Mengulas perkembangan lain, Masidi berkata pihaknya menubuhkan satu jawatankuasa yang dipengerusikan Setiausaha Tetap kementerian Datu Rosmadi Sulai, bertujuan  menambah baik sistem perkhidmatan pemandu pelancong Sabah.

Ini susulan kejadian anggota dua persatuan pemandu pelancong cuba  berkonfrontasi dengan seorang pemandu pelancong asing yang sedang menyambut satu kumpulan pelancong di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu baru-baru ini.

“Jawatankuasa ini akan melihat keseluruhan aspek pemandu pelancong dalam industri pelancongan dan juga peranan ejen pelancongan agar kita dapat menghasilkan satu mekanisme yang lebih baik dan memastikan semua pihak beroleh manfaat daripada industri,” katanya.

Insiden 14 Julai itu melibatkan Persatuan Pemandu Pelancong Sabah dan Persatuan Pemandu Pelancong Bumiputera yang mendakwa pemandu pelancong China yang diambil bekerja oleh sebuah syarikat pelancongan beroperasi secara haram di sini.

Siasatan kementerian mendapati syarikat itu beroperasi secara sah menurut Akta Industri Pelancongan 1992. – BERNAMA

Tags: Datuk Masidi ManjunTaman Hidupan Liar Lok Kawi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelancongan Di Sabah Perlu Tingkat Daya Saing

14/03/2018
0

KOTA KINABALU - Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun menyeru agar penggiat industri pelancongan di negeri...

Sabah Sasar Lebih Banyak Jumlah Penerbangan Terus

16/01/2018
0

KOTA KINABALU - Sabah menyasarkan lebih banyak penerbangan terus dari pelbagai destinasi antarabangsa dan akan terus berusaha untuk menampung peningkatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd