• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sabah Sasar Lebih Banyak Jumlah Penerbangan Terus

oleh AK-47
16/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Sabah menyasarkan lebih banyak penerbangan terus dari pelbagai destinasi antarabangsa dan akan terus berusaha untuk menampung peningkatan pelancong ke negeri tersebut.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan Dan Alam Sekitar, Datuk Masidi Manjun, ini termasuk kehadiran 62 penerbangan sewa khas dari China yang dijangka tiba di Kota Kinabalu dalam masa tiga bulan akan datang.

“Kita perlu menyediakan bilik hotel yang cukup dan berkualiti. Kabinet negeri in juga telah bersetuju untuk mempercepatkan pembinaan hotel dan telah meminta beberapa syarikat untuk membangunkan lebih banyak kemudahan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sekembalinya dari Beijing dengan menaiki penerbangan sulung dan secara terus Xiamen Airlines di sini, hari ini.

Seramai 163 penumpang menaiki pesawat berkenaan termasuk Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Zainuddin Yahya.

Masidi turut menggesa agar penggiat industri pelancongan selain kerajaan negeri untuk lebih proaktif dalam memenuhi keperluan para pelancong.

Beliau juga menyuarakan rasa juga gembira dengan langkah Xiamen Airlines menjadikan Kota Kinabalu sebagai destinasi antarabangsa pertamanya dari Beijing yang disifatkan beliau sebagai bukti hubungan baik antara Sabah dan China.

Sabah menerima kehadiran 430,000 pelancong China pada tahun lepas iaitu peningkatan sebanyak 14.7 peratus berbanding 2016, katanya.

Sementara itu, Konsul Besar China di Sabah, Liang Caide berkata Malaysia dan China menjalin hubungan diplomatik yang panjang dan semakin erat sejak beberapa tahun lepas.

Sehubungan itu, beliau melihat kehadiran syarikat penerbangan paling baharu China, Xiamen Airlines ke Kota Kinabalu dapat memacu kemajuan industri pelancongan serta meningkatkan kerjasama perdagangan antara kedua-dua bandar terbabit.

Naib Presiden cawangan penerbangan itu di Beijing, Ou Dong Ying pula berkata jumlah pelancong China ke Sabah meningkat secara kukuh sebanyak 20 peratus setiap tahun.

Perkembangan itu turut menjadi antara alasan syarikat berkenaan memilih untuk melancarkan perkhidmatan penerbangan antarabangsa pertamanya dari Beijing ke Kota Kinabalu. – BERNAMA

Tags: Datuk Masidi Manjun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelancongan Di Sabah Perlu Tingkat Daya Saing

14/03/2018
0

KOTA KINABALU - Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun menyeru agar penggiat industri pelancongan di negeri...

Daerah Ingin Anjur Tahun Melawat Daerah Dibantu

22/11/2017
0

KOTA KINABALU - Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah akan membantu setiap daerah yang ingin mengadakan Tahun Melawat Daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd