• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syarat Lulus BM Diperjelas Kepada Kabinet

oleh AK-47
05/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan akan memberi penjelasan terperinci berhubung kelonggaran syarat lulus Bahasa Melayu peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam pengambilan pegawai perubatan UD41 pada mesyuarat Jemaah Menteri, Rabu ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata penjelasan itu perlu dibuat bagi mengelak kekeliruan mengenai isu tersebut.

“Saya melihat banyak pihak yang salah faham tentang isu ini. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pun telah mengeluarkan kenyataan (bagi menjelaskannya) namun, masih ada pihak yang tidak memahami kenyataan itu.

“Jadi, lebih baik saya berikan penjelasan kepada Kabinet terlebih dahulu sebelum kepada rakyat,” katanya kepada pemberita selepas Program ‘Inspire to Aspire 2017’ di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian susulan gesaan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini yang meminta Subramaniam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Belaun menjelaskan mengenai isu itu.

Dr. Noor Hisham dalam kenyataannya semalam berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah memberi persetujuan untuk melonggarkan syarat pelantikan secara kontrak ke jawatan Pegawai Perubatan Gred UD41 di Kementerian Kesihatan pada 23 Februari lepas.

Beliau menjelaskan kelonggaran syarat kelayakan Lulus Bahasa Melayu itu bagi memudahkan pelantikan secara kontrak jawatan Pegawai Perubatan Gred UD41 untuk graduan perubatan yang tidak menduduki peperiksaan subjek berkenaan di peringkat SPM atas pelbagai sebab. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr S.Subramaniam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Ubah Cara Berpolitik, Kekal Relevan

24/05/2018
0

PUTRAJAYA - Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S Subramaniam akan menjelajah ke seluruh negara bagi memberi penerangan kepada anggotanya untuk...

Filem Pendek Tun M Terdesak Raih Simpati Pengundi

30/04/2018
0

SEGAMAT - Filem pendek penuh emosi menampilkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama dua pelakon kanak-kanak, dilihat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd