• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Syaitan’ Durjana Cabul Anak Sendiri

oleh AK-47
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAHKAMAH Sesyen Kota Bharu menjatuhkan hukuman penjara setahun setengah terhadap seorang bapa yang mengaku bersalah mencabul kehormatan anak perempuannya sendiri.

Selain lelaki berusia 35 tahun itu, turut dijatuhi hukuman ialah bapa saudara mangsa dan seorang lelaki lain kerana merogol mangsa.

Lapor Harian Metro, Hakim Nazri Ismail menjatuhkan hukuman itu selepas bapa mangsa, bapa saudara mangsa berusia 21 tahun dan rakannya, Che Mohd Badrul Hisyam Che Hassan, 22, membuat pengakuan bersalah terhadap pertuduhan masing-masing.

Bapa saudara mangsa dikenakan hukuman penjara 36 tahun dan 30 sebatan bagi tiga tuduhan merogol. Sementara itu, Che Mohd Badrul dipenjara selama 30 tahun dan sembilan sebatan di atas kesalahan yang sama.

Mahkamah memerintahkan hukuman berjalan berturut-turut bermula dari tarikh kesemua tertuduh ditangkap pada 28 Jun lalu.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, bapa saudara mangsa dan Che Mohd Badrul didakwa telah merogol mangsa semenjak berusia 9 hingga 11 tahun pada pertengahan Mei 2014, pertengahan Januari hingga Disember 2015 dan pertengahan Januari hingga Disember 2016.

Bapa saudara mangsa didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan tidak kurang daripada 10 sebatan jika sabit kesalahan.

Che Mohd Badrul didakwa mengikut Seksyen 276(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Sementara itu, bapa mangsa didakwa mencabul anaknya sendiri antara jam 1 hingga 2 pagi pada awal Januari 2017.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua seksaan jika sabit kesalahan.

Kesemua kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Kampung Gong Chokoh, Pasir Puteh.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wong Siew Mun, manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam. – MYNEWSHUB.CC

*Video sekadar sekadar hiasan…

Tags: cabulkes rogolmahkamah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Nik Abduh Seru ‘Ceplos’ Baca Jawapan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan Tahun 2024 Mengenai Hukum Kutipan Derma Bayar Denda Mahkamah

Nik Abduh Seru ‘Ceplos’ Baca Jawapan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan Tahun 2024 Mengenai Hukum Kutipan Derma Bayar Denda Mahkamah

12/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Negara, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkongsi penjelasan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan beberapa tahun...

Media Lapor Kenderaan Bawa Najib Keluar Penjara Kajang Ke Mahkamah

Media Lapor Kenderaan Bawa Najib Keluar Penjara Kajang Ke Mahkamah

10/11/2026
0

KAJANG - Kenderaan yang membawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dilaporkan keluar dari pekarangan Kompleks Penjara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd