• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Selangor Rasmi Bangunan Mesra Alam PAM

oleh Ahmad Albab
19/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan merasmikan bangunan baharu lapan tingkat bernilai RM17.8 juta yang menjadi pusat Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) di Jalan Tandok, Bangsar, di sini.

Pada majlis itu, baginda turut melancarkan buku dokumentari, ‘In The Eye Of The Storm’,  yang merakamkan sejarah perjalanan PAM sehingga berdirinya pusat PAM yang baharu.

Pusat itu, yang berkeluasan 3,782 meter persegi itu, disasarkan menjadi antara bangunan paling mesra alam di bandar raya ini dan memiliki lima ciri penting iaitu mampan, lestari, praktikal, inovasi dan berdaya ekonomi.

Dalam ucapannya, Presiden PAM Ezumi Harzani Ismail berkata bangunan itu bukan sahaja dibina berasaskan aspirasi PAM sebagai pusat reka bentuk termaju dan moden, tetapi ia juga mengutamakan alam sekitar, budaya dan masyarakat.

“Kita mahu memberi inspirasi kepada kepada generasi masa depan untuk menanam impian, mereka bentuk, membina dan menerajui industri pembinaan dengan membina kemudahan seperti pusat PAM ini” katanya.

Katanya pertandingan satu peringkat diadakan pada 2012 bagi reka bentuk  pusat baharu itu yang terbuka kepada semua anggota korporat PAM.

Ar. Mohd Heikal Hasan muncul juara dalam pertandingan itu yang disertai 36 peserta selepas menghasilkan satu reka bentuk yang menyediakan penyelesaian efisien untuk kawasan tapak yang terhad. – BERNAMA

Tags: Sultan Selangor
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

RM300,000 Untuk Usahawan Muda Buka Trak Makanan

Next Post

APM Terima Enam Lagi Amphibious Sealegs

Related Posts

Sultan Selangor Perkenan Terima Zakat Perniagaan Pintas Utama RM3 Juta

Sultan Selangor Perkenan Terima Zakat Perniagaan Pintas Utama RM3 Juta

16/03/2025
0

Shah Alam: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima serahan zakat perniagaan untuk Lembaga Zakat Selangor (LZS) daripada Syarikat...

Sultan Selangor Titah Umat Islam Perkukuh Akidah Dan Iman

Sultan Selangor Titah Umat Islam Perkukuh Akidah Dan Iman

08/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan umat Islam khususnya rakyat Selangor supaya terus berusaha memperkukuhkan akidah dan...

Next Post

APM Terima Enam Lagi Amphibious Sealegs

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd