• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sukar Untuk Tun M Jatuhkan Najib – Shahidan

oleh Ahmad Albab
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARAN – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan melalui laluan sukar untuk menumbangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak walaupun menerusi pilihan raya umum (PRU) ke-14, kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

Beliau berkata perkara itu jelas kerana Najib mengetuai Barisan Nasional (BN) yang mempunyai 132 kerusi Parlimen berbanding Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diterajui Dr Mahathir hanya mempunyai seorang wakil di Dewan Rakyat.

“Kalau nak tumbangkan Najib kena melalui PRU… Najib ada 132 kerusi dan kalau nak tumbangkan semua, itu bukan perkara mudah. Dr Mahathir (PPBM) hanya ada satu… jadi sukar untuk itu berlaku,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Maran di sini, hari ini.

Turut hadir barisan kepimpinan UMNO Bahagian Maran iaitu Ketua Bahagiannya Datuk Seri Ismail Abd Muttalib yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Shahaniza Shamsuddin (Timbalan Ketua), Datuk Rosni Zahari (Ketua Wanita), Saiful Anuar Mokhtar (Ketua Pemuda) dan Nurhidayah Shahaimi (Ketua Puteri). 

Shahidan yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata demikian semasa diminta mengulas pengakuan Dr Mahathir yang merupakan pengerusi PPBM semalam bahawa beliau telah merancang untuk menjatuhkan Najib sejak tahun 2014 lagi. 

Tempoh masa yang lama untuk merealisasikan hasrat itu juga disifatkan Shahidan sebagai bukti bahawa rancangan itu sukar untuk dilaksanakan kerana Najib mempunyai sokonangan yang kuat bukan hanya daripada UMNO tetapi juga semua parti komponen BN.

Mengulas mengenai pelantikan tiga nakhoda dalam struktur kepimpinan Pakatan Harapan, Shahidan berkata pakatan hanya bermain sandiwara mengaburi mata rakyat apabila tiada wakil DAP dalam  ‘senarai atasan’nya.

“Dalam politik, yang mendapat majoriti adalah ketua seperti UMNO dalam BN kerana kita ada lebih 80 kerusi Parlimen. Dalam puak depa (pembangkang) DAP ada 38 (kerusi), PKR 28 dan PPBM hanya satu manakala PAN (Parti Amanah Rakyat) ada enam.

“Jadi tak akan PPBM (Dr Mahathir) yang menjadi ketua? Itu adalah cara untuk (pembangkang) mengaburi. Kalau DAP tidak menjadi ketua, mereka adalah bersandiwara… mana mungkin parti yang lebih kecil (bilangan kerusi) menjadi ketua?,” katanya.

Sehubungan itu, Shahidan berkata Pakatan Harapan tidak seharusnya berbohong kepada rakyat dalam merencanakan perjalanan politik mereka kerana rakyat pada masa kini sudah semakin cerdik dalam membuat keputusan.

Kelmarin Pakatan Harapan mengumumkan pelantikan Dr Mahathir sebagai pengerusi yang akan bergandingan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku ketua umum manakala isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai presiden.

Jawatan paling tinggi yang disandang oleh wakil DAP ialah sebagai timbalan presiden menerusi Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang. Dua lagi timbalan presiden ialah Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga anggota Parlimen Pagoh dan Presiden PAN Mohamad Sabu.

Sementara itu, Rosni dalam ucapannya menegaskan semua 86 cawangan Wanita UMNO Maran akan terus menyokong kepimpinan Najib dan timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam pentadbiran negara dan parti.

“Kami juga mendesak kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak termasuk kuasa asing yang cuba campur tangan dalam politik negara dan jika ada bekas pemimpin cuba menjahanamkan parti Melayu dan Islam ini (UMNO) menggunakan parti antiMelayu,” katanya. – BERNAMA 
    

Tags: Shahidan KassimTun Mahathir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tun Mahathir Dimasukkan Ke IJN

Tun Mahathir Dimasukkan Ke IJN

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sejak semalam untuk menjalani...

Kita Bersimpati Kepada Tun Mahathir Dan Keluarga – PMX Anwar

Kita Bersimpati Kepada Tun Mahathir Dan Keluarga – PMX Anwar

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd