Monday, July 22, 2024

Creating liberating content

India Tingkatkan Penanaman Sawit...

NEW DELHI - India mahu meningkatkan penanaman kelapa sawit bagi mengurangkan pergantungannya terhadap...

Nota Menyeramkan Kini Trending...

Edinburgh - Seorang gadis, Amy Jones, 21, menemui sekeping nota yang menyeramkan ketika...

Petua Paling Mudah Cerahkan...

EIUWWWW... muka cantik tapi ketiak hitam!Masalah ketiak hitam boleh dikatakan perkara biasa yang...

Tetamu Mabuk Masuk Kolam...

SEORANG tetamu majlis perkahwinan yang mabuk menempuh detik ngeri apabila dia berlumuran darah...

Sufian Kahwin Elfira Dalam Beberapa Bulan Saja Lagi

KISAH percintaan di antara pasangan selebriti Sufian Suhaimi dan Elfira Loy tidak lagi menjadi rahsia apabila kedua-duanya sudah semakin terbuka berkongsi dengan peminat masing-masing.

Malah, kedua-duanya tidak menyembunyikan majlis merisik yang dilakukan pada minggu pertama Aidilfitri lalu.

Dah dirisik, pastinya peminat tak sabar nak tahu bila pasangan sama cantik sama padan ini bakal disatukan di jinjang pelamin.

Menurut Sufian, dia bakal menamatkan zaman bujang dengan aktres comel itu dalam masa terdekat ini.

Namun, kedua-duanya masih belum menetapkan tarikh bila majlis bahagia itu akan berlangsung, walaupun begitu, pelantun lagu Terakhir itu ada memberi klu majlis mereka akan diadakan mungkin pada penghujung tahun ini atau awal tahun depan.


“Beberapa bulan sahaja lagi — cuma belum ada tarikh yang tetap. Lebih kurang hujung tahun ini atau awal tahun hadapan,” katanya memetik rakaman video Era FM.

Pasangan ini mula rapat selepas Sufian menegur Elfira yang merupakan crush-nya menerusi laman Twitter dan bertitik tolak dari situ mereka mula keluar bersama sehinggalah membawa kepada hubungan mereka pada hari ini. – MYNEWSHUB.CC 

Kategori