• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Stadium Nasional Dicalonkan Festival Seni Bina Dunia

oleh Ahmad Albab
20/07/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Stadium Bukit Jalil yang sudah dinaik taraf baru-baru ini telah dicalonkan untuk bertanding dalam kategori Bangunan Baharu dan Lama di Festival Seni Bina Dunia 2017, yang diadakan November depan di Arena Berlin, Jerman.

Stadium yang dibina pada 1994, adalah antara 17 bangunan yang dicalonkan bagi acara itu termasuk Kauri Timber Building di Auckland, New Zealand dan Grand Pera, Istanbul, Turki.

Menurut laman web Festival Seni Bina Dunia 2017 www.worldarchitecturefestival.com, kategori Bangunan Baharu dan Lama, antara lain, terbuka kepada projek kreatif guna semula atau adaptasi, ruangan awam atau reka bentuk bandar, kuarters bandar yang dibangunkan semula dan pusat bandar yang dihidupkan semula.

Kesemua projek yang layak bertanding dalam kategori tersebut pada festival tahunan untuk arkitek dan profesional hiasan dalaman itu, perlu dilengkapkan antara 1 Januari 2016 dan 1 Jun tahun ini.

Stadium Nasional Bukit Jalil adalah sebahagian daripada projek pembangunan semula yang menelan kos RM499 juta sebagai persediaan menghadapi Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 di Kuala Lumpur.

Projek itu termasuk menaik taraf dan mencantikkan Stadium Hoki Nasional dan Pusat Akuatik Kebangsaan.

Semalam, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menerusi akaun Twitter rasminya melahirkan rasa gembira beliau apabila Bukit Jalil yang diindahkan semula dicalonkan bagi anugerah Festival Seni Bina Dunia 2017. – BERNAMA

Tags: Stadium Nasional Bukit Jalil
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Warga Nepal Diberkas Ceroboh Inap Desa

SNBJ Bakal Jahanam Lagi?

24/02/2024
0

Kuala Lumpur: Sejarah mungkin berulang apabila gelanggang keramat skuad Harimau Malaya iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sekali lagi 'dihenyak'...

Final Piala Malaysia: Padang SNBJ Belum Bersedia?

Final Piala Malaysia: Padang SNBJ Belum Bersedia?

04/12/2023
0

PETALING JAYA – Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) mendapat kritikan hebat selepas keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) masih belum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd