• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Rakam Pencakapan 5 Individu Kes Misdec

oleh AK-47
13/07/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah merakam percakapan lima individu berhubung siasatan melibatkan dua beranak yang juga pegawai kanan Pusat Pembangunan Kemahiran Perindustrian Melaka (MISDEC) yang disyaki memindahkan RM4 juta wang pusat itu ke akaun syarikat milik mereka.

Menurut sumber SPRM, antara yang dipanggil memberi keterangan ialah anggota Lembaga Pengarah MISDEC, pegawai Unit Perancangan Ekonomi Negeri(UPEN) Melaka dan saksi dalam kalangan orang awam.

“Dijangkakan lebih ramai saksi akan dipanggil untuk memperoleh maklumat bagi membantu siasatan.

“SPRM juga menyiasat sama ada terdapat orang dalam lain yang turut terlibat dalam kes penyelewengan ini,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sumber itu berkata menerusi maklumat awal yang diperoleh pasukan penyiasat, Pendaftar Pertubuhan (RoS) telah membatalkan pendaftaran MISDEC kerana gagal menghantar minit mesyuarat selama lapan tahun kepada RoS.

“SPRM kini dalam proses untuk meneliti segala maklumat dan dokumen yang diperoleh bagi mendapatkan segala maklumat yang dapat membantu melengkapkan kertas siasatan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, kedua-dua suspek berusia 76 dan 43 tahun yang ditahan semalam itu direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman denda lima kali nilai rasuah atau RM 10,000 mana lebih tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan maklumat tersebut. – BERNAMA

Tags: Kes MisdecSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd