• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Hantar Penyiasat Ke Tanjung Pelepas

oleh Ahmad Albab
03/07/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menghantar pasukan penyiasat ke Pelabuhan Tanjung Pelepas di Johor berhubung dakwaan kehilangan sebuah kontena dikatakan mengandungi peralatan radar tentera berteknologi tinggi di pelabuhan itu baru-baru ini.

SPRM dalam kenyataan berkata pegawai penyiasatnya akan mendapatkan maklumat berhubung perkara itu sebelum tindakan lanjut diambil.

Menurut SPRM, pasukan penyiasat akan menilai maklumat-maklumat yang diperolehi untuk mengenal pasti sama ada wujud unsur rasuah dan salah guna kuasa dalam kejadian itu.

“SPRM juga telah menerima aduan berhubung perkara itu dan akan mengambil keterangan daripada beberapa pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia bagi membantu siasatan.

“Selain itu, SPRM juga akan bekerjasama dengan pihak polis yang turut menjalankan siasatan ke atas dakwaan kehilangan peralatan radar itu,” kata SPRM.

SPRM berkata siasatannya hanya akan tertumpu kepada sama ada wujud elemen rasuah dan salah guna kuasa dan tidak akan campur tangan dalam siasatan oleh polis.

Baru-baru ini, sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris melaporkan kontena itu yang tiba dari Australia mengandungi peralatan radar tentera berteknologi tinggi bernilai jutaan ringgit hilang ketika transit di pelabuhan berkenaan.

Laporan akhbar itu yang memetik sumber berkata, barang terbabit sepatutnya di hantar ke Belanda (Netherlands) melalui negeri ini, namun, ia tidak mempunyai permit yang diperlukan, menyebabkan ia ditahan.

Menurut laporan akhbar itu lagi, semua peralatan ketenteraan yang dibawa masuk dan keluar dari mana-mana pelabuhan di negara ini memerlukan permit khas daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). – BERNAMA

Tags: pelabuhanSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd