• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPA Lantik 133,282 Penjawat Awam Setakat Jun Lepas

oleh Ahmad Albab
31/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah melantik 133,282 orang ke dalam sektor perkhidmatan awam dari 2013 hingga Jun lepas, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun berkata daripada jumlah itu, 38,659 orang adalah lantikan pada 2013 dengan 33,707 orang (2014); 24,606 orang (2015); 25,046 orang (2016) dan 7,264 orang setakat Jun lepas.

“Jumlah lantikan pada tahun ini menurun berbanding tahun sebelumnya ekoran keputusan kerajaan melaksanakan inisiatif penggunaan sumber manusia secara optimum pada April 2014 dengan mengawal jumlah perjawatan dan pengisian di sektor awam.

Berdasarkan inisiatif ini, pengwujudan jawatan baharu dalam perkhidmatan awam dibekukan. Pengambilan ke perkhidmatan awam hanya dibuat bagi tujuan mengisi kekosongan jawatan akibat persaraan, peletakan jawatan, kematian dan penamatan perkhidmatan,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) pada sesi soal jawab.

Katanya golongan wanita juga mendominasi jumlah pelantikan ke dalam sektor perkhidmatan awam dalam tempoh itu dengan lantikan seramai 80,625 orang (60.49 peratus) berbanding golongan lelaki seramai 52,657 orang (39.51 peratus).

Pelantikan mengikut kaum menunjukkan kaum Melayu mencatat jumlah tertinggi iaitu 100,627 orang, diikuti Bumiputera Sabah (9,059), Cina (7,696), Bumiputera Sarawak (7,036), India (5,886), lain-lain kaum ( 2,182) dan Orang Asli (796).

Menurutnya, SPA menggunakan prinsip merit dalam proses pemilihan calon bagi lantikan ke dalam perkhidmatan awam manakala bagi Sabah dan Sarawak penawaran kekosongan jawatan akan memberi keutamaan kepada penduduk tempatan. – BERNAMA

Tags: Penjawat AwamSPA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan imej palsu di media sosial yang mendakwa Datuk Seri Mohamad...

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd