• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skuad B-22 Dapat Peluang Seimbang Kumpulan

oleh Ahmad Albab
08/07/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Skuad bola sepak bawah 22 (B-22) mendapat peluang yang seimbang apabila diundi dalam Kumpulan A bersama-sama Myanmar, Singapura, Laos dan Brunei.

Undian berkenaan juga memperlihatkan bahawa skuad negara mempunyai laluan mudah untuk menghuni dua tangga teratas kumpulan sekali gus mara ke separuh akhir.

Juara bertahan, Thailand pula berada dalam Kumpulan B yang disifatkan sebagai kumpulan maut apabila diundi bersama-sama Vietnam, Indonesia, Kemboja, Timor Leste dan Filipina.

Ketua jurulatih skuad projek Sukan SEA, Datuk Ong Kim Swee berkata walaupun berada dalam kumpulan yang lebih mudah berbanding Kumpulan B, namun anak buahnya perlu tetap berwaspada.

“Kita tetap sedar ancaman daripada pasukan Myanmar dan Singapura serta kita juga tidak boleh ambil mudah terhadap pasukan Laos dan Brunei yang mempunyai kelebihan tersendiri.

“Kita harus pastikan semua pemain serta pasukan berada dalam keadaan baik bagi menghadapi pasukan-pasukan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas majlis undian acara sukan sempena Sukan SEA Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Sementara itu, Kim Swee turut mengesahkan bahawa perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Myanmar di Stadium Shah Alam, Khamis ini, merupakan medan terbaik untuk menilai kekuatan sebenar serta memperbaiki kelemahan sebelum menghadapi Sukan SEA 2017 dari 19 hingga 30 Ogos ini.

“Memang telah ada perjanjian di antara kami sekiranya berada dalam kumpulan yang sama, perlawanan tersebut tetap akan berlangsung seperti yang telah dijadualkan,” katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menegaskan skuad negara tiada pilihan lain dan harus melayakkan diri ke final.

“Di tambah beraksi di halaman sendiri, naluri saya berkata Malaysia perlu beraksi di pentas final demi peminat bola sepak tanah air,” katanya. – BERNAMA

Tags: bola sepak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Serahkan Semula Bola Sepak Kepada Rakyat – Tunku Mahkota Ismail

Serahkan Semula Bola Sepak Kepada Rakyat – Tunku Mahkota Ismail

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR – “Kalau awak semua nak cakap pasal solusi, saya ada solusi untuk selamatkan liga.” Demikian tegas pemilik kelab...

Salam 100-0: Kisah 14 Tahun Bola Sepak Johor Penuh Suka Dan Duka

Salam 100-0: Kisah 14 Tahun Bola Sepak Johor Penuh Suka Dan Duka

07/04/2026
0

PETANG tadi ketika memandu di ibu negara, mata saya terpaku pada satu sticker kecil Harimau Selatan ditampal di sebuah kereta....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd