• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sistem Integrasi Tiket KTM Komuter Bermula Ogos Ini

oleh Ahmad Albab
22/07/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sistem integrasi tiket yang menggunakan satu tiket bagi perkhidmatan KTM komuter dengan perkhidmatan rel lain seperti transit aliran ringan (LRT), transit aliran massa (MRT) dan monorel akan bermula Ogos ini, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata ketika ini hanya perkhidmatan KTM komuter yang masih belum menyertai sistem integrasi tiket yang menggunakan satu tiket untuk perkhidmatan rel.

Sehubungan itu, beliau berkata Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang mengendalikan perkhidmatan KTM komuter diarahkan untuk bekerjasama dengan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), pengendali perkhidmatan sistem LRT, MRT dan monorel  untuk mewujudkan sistem tersebut.

“Bermula Ogos ini, sistem integrasi tiket ini akan bermula di 20 stesen di Lembah Klang. Semua ini akan dilaksanakan secara berperingkat.

“Sistem tiket bersepadu ini dijangka dilaksanakan sepenuhnya menjelang akhir tahun ini,” katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis perhimpunan bulanan Kementerian Pengangkutan di sini hari ini.

Beliau menambah bahawa sistem integrasi tiket itu akan saling melengkapi perkhidmatan rel dan memberi keselesaan kepada penumpang.

Sementara itu, Liow berkata satu kajian kebolehlaksanaan mengenai pelaksanaan perkhidmatan awam darat untuk peringkat terakhir perjalanan di pusat pentadbiran Persekutuan sedang berjalan.

“Kerajaan belum membuat keputusan lagi. Kerajaan masih pertimbangkan sama ada guna tram atau monorel. Ini bergantung kepada kajian kebolehlaksanaan yang sedang dilaksanakan.

“Kita memerlukan satu sistem pengangkutan yang moden di Putrajaya. Kesesakan lalu lintas di sini kian meningkat. Kita tiada pilihan lain selain memperkasakan perkhidmatan awam di sini,” katanya.

Beliau menambah peringkat terakhir perjalanan di Putrajaya akan lebih penting apabila perkhidmatan MRT dan projek rel berkelajuan tinggi (HSR) akan dibina di Putrajaya.

Ditanya sama ada monorel Putrajaya sepanjang 18 kilometer sebelum ini telah ditangguhkan pada pertengahan 2004 kerana ketiadaan peruntukan akan diwujudkan semula, Liow berkata:

“Kami akan lihat apakah sistem terbaik untuk Putrajaya. Kami akan lihat pelan keseluruhan, kos yang terbabit dan memastikan ia memberi kemudahan untuk orang ramai akses ke semua bangunan di Putrajaya.”

Mengenai Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Yusoff Ayob yang didenda RM600 atas kesalahan memandu di lorong kecemasan, Liow berkata ia merupakan satu pengajaran kepada semua dan semua harus menghormati undang-undang negara.

“Tiada sesiapa yang boleh mengatasi undang-undang. Saya harap setiap orang akan mematuhi undang-undang terutama keselamatan jalan raya memandangkan kerajaan telah berusaha untuk mengurangkan kadar kemalangan di negara ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Liow Tiong Lai
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lepas Jawatan Presiden Langkah Hormat Pulih MCA

24/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, dinasihat melepaskan jawatan sebagai satu tindakan hormat bagi memulihkan parti...

Jangan Lagi Termakan Racun DAP – Liow

04/05/2018
0

JANGAN LAGI TERMAKAN RACUN DAP - LIOW BENTONG, 4 Mei (Bernama) -- DAP sebuah parti yang hanya datang bersama 'racun'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd