• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siasat Syarikat Bida Projek Terowong Dasar Laut – PCM

oleh Ahmad Albab
17/07/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Parti Cinta Malaysia (PCM) hari ini meminta polis menyiasat dakwaan kerajaan Pulau Pinang telah menganugerahkan projek kepada sebuah syarikat yang mempunyai modal di bawah paras ditetapkan, ketika membida projek terowong dasar laut.

Naib presidennya Datuk Huan Cheng Guan berkata beliau telah membuat laporan polis semalam mengenai dakwaan itu supaya siasatan dapat dilakukan bagi memastikan sama ada wujud penipuan atau unsur salah guna kuasa dalam proses pembidaan projek berkenaan.

Menurutnya, sesebuah syarikat disyaratkan untuk mempunyai sejumlah modal yang ditetapkan, sebelum boleh membida sesuatu projek.

“Bagaimanapun syarikat yang berjaya membida projek berkenaan dikatakan memiliki modal bernilai 1,900 kali ganda lebih rendah daripada paras minimum ditetapkan Jabatan Kerja Raya (JKR),” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, PCM berhasrat mengemukakan laporan itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat supaya siasatan terperinci dapat dilakukan.

Projek terowong dasar laut sepanjang 7.2 kilometer yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai dan tiga jalan utama itu dianugerahkan kepada Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd,  yang terdiri daripada beberapa syarikat.

Projek itu sebelum ini mencetuskan pelbagai kontroversi antaranya berhubung kos kajian kebolehlaksanaan yang terlalu tinggi selain kaedah pembayaran yang melibatkan pertukaran tanah kerajaan negeri serta pelaksanaannya dibantah penduduk negeri yang bimbang dengan impak ekonomi, sosial dan alam sekitar.

 Terdahulu, Huan turut membidas tindakan Zenith yang akan memfailkan injunksi bagi melarang pihak ketiga daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung projek terowong dasar laut, di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Khamis ini.

 “Adakah mereka cuba menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan orang ramai? Permohonan injunksi ini membuktikan bahawa istilah telus yang dilaungkan oleh kerajaan Pulau Pinang sudah mati,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kerajaan Pulau PinangPCMterowong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO ‘Gunting Dalam Selimut’ – Lim Guan Eng

UMNO ‘Gunting Dalam Selimut’ – Lim Guan Eng

07/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyifatkan UMNO Pulau Pinang sebagai 'gunting dalam selimut' susulan kenyataan Ahli Majlis...

Pulau Pinang Pun Pernah Minta Pulangkan Hasil Cukai 20%, PH Banyak Makan Semut?

Pulau Pinang Pun Pernah Minta Pulangkan Hasil Cukai 20%, PH Banyak Makan Semut?

24/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pelakon yang juga aktivis politik Barisan Nasional (BN), Shahrol Shiro menyindir Pakatan Harapan (PH) 'banyak makan semut'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd