• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selangor Catat Kes Tertinggi Buang Bayi

oleh AK-47
25/07/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 697 kes pembuangan bayi direkodkan bagi tempoh  2010 hingga 2016 dengan Selangor mencatatkan kes tertinggi pada 157 kes, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia,  negeri lain yang merekodkan kes tertinggi ialah  Sabah dan Johor dengan masing-masing  84 kes, diikuti Kuala Lumpur (65) dan Sarawak (49).

Beliau berkata sebanyak 91 kes dicatatkan pada 2010;  98 kes pada 2011 dan menurun kepada 89 kes pada 2012.

“Jumlah kes meningkat semula pada 2013, 2014, 2015 dan 2016 iaitu masing-masing 90 kes, 103 kes, 111 kes dan 115 kes,” katanya menjawab soalan Teo Nie Ching (DAP-Kulai) pada sesi pertanyaan jawab lisan.

Menjawab soalan tambahan Dr Michael Jeyakumar Devaraj (PSM-Sungai Siput), Rohani berkata sebanyak 35 bayi ditinggalkan di fasiliti ‘baby hatch’ sepanjang tempoh sama.

Mengenai  isu kerakyatan bayi yang terdampar atau ditinggalkan di fasiliti itu,   Rohani berkata pemberian kerakyatan tertakluk kepada Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Bagaimanapun katanya kementerian melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)  sentiasa memastikan kebajikan bayi terbabit terbela  dengan menempatkan mereka di institusi JKM atau keluarga pelihara sebelum membantu dalam proses permohonan kerakyatan.

“Ini termasuk menguruskan terlebih dahulu permohonan Daftar Lewat Kelahiran di Jabatan Pendaftaran Negara bagi kanak-kanak yang ditinggalkan dan belum memperoleh sijil kelahiran selain menguruskan permohonan kewarganegaraan kanak-kanak yang belum ditentukan kewarganegaraan dengan memanjangkan permohonan kepada KDN,” katanya. -BERNAMA

Tags: buang bayiDatuk Seri Rohani Abdul Karimselangor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

Bekas Pemimpin DAP Ronnie Liu Dakwa Penternak Babi Keliru, Buntu

Bekas Pemimpin DAP Ronnie Liu Dakwa Penternak Babi Keliru, Buntu

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Ronnie Liu Tian Khiew mendakwa penternak babi kini berada dalam keadaan keliru dan buntu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd