• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Safuan Idam Hadiah Istimewa Sukan SEA 2017

oleh AK-47
24/07/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemain boling padang negara, Safuan Said, mengintai tiga sambutan serentak apabila sukan itu kembali disenaraikan pada Sukan SEA selepas hampir sedekad pada edisi ke-29 temasya sukan itu di sini, bulan depan.

Bekas juara dunia itu mahu menyambut ulang tahun kelahirannya ke-35 pada 3 Ogos ini serta penglibatanya dalam sukan itu selama dua dekad dengan merangkul pingat emas acara lelaki ‘fours’ apabila sukan boling padang itu dipertandingkan dari 22 hingga 27 Ogos ini.

Selepas bersara daripada skuad negara pada 2012, pengalaman luas dalam pertandingan antarabangsa termasuk beraksi di Liga Perdana Australia membolehkan Safuan mendapat kepercayaan Persekutuan Boling Padang Malaysia (MLBF) untuk kembali semula ke pangkuan skuad negara.

“Ogos ini adalah bulan yang hebat bagi diri saya jika dapat merangkul emas. Kami sudah paqti akan berdepan dengan cabaran sengit daripada peserta berpengalaman daripada negara lain. Bagaimanapun, kami akan tetap memberi persembahan terbaik untuk meraih emas.

“ Jurulatih negara, Simon Botha memberi kepercayaan kepada saya untuk mengetuai cabaran negara dalam acara ‘fours’ dan saya akan memastikan keputusan jurulatih itu adalah tepat,” katanya kepada Bernama pada Kejohanan Boling Padang PraSukan SEA di Pusat Boling Padang Kebangsaan di Bukit Kiara, di sini hari ini.

Pada saingan hari ini, pasukan Safuan merangkul emas selepas mengalahkan pemain junior negara daripada Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor, 13-10 manakala pingat gangsa menjadi milik Thailand selepas menundukkan Brunei 16-14.

Safuan, pemenang emas acara ‘pairs’ pada Sukan SEA 2005 di Filipina dan gangsa dalam acara ‘singles’ pada edisi 2007 di Korat, kembali semula ke skuad negara April lepas.

Beliau turut beraksi untuk pasukan Murray Steamers di Liga Perdana Australia untuk musim 2015 selain bermain  dalam Liga Perdana Melbourne untuk musim 2014 hingga 2017.

Kali terakhir acara boling padang dipertandingkan adalah di Korat 2007 yang menyaksikan Malaysia meraih empat daripada enam emas yang dipertandingkan. – BERNAMA

Tags: Safuan SaidSukan SEA 2017
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Laporan Audit: Sukan SEA 2017 Lemah Pengurusan Perolehan

02/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Penganjuran Temasya Kuala Lumpur 2017 secara keseluruhannya dilaksanakan dengan cemerlang, namun terdapat beberapa kelemahan berkaitan perancangan dan...

Alamak! Game Bosan Sampai Kantoi Tertidur

31/08/2017
0

ALAHAI bang oih... Sampai tertidur ya tengok bola kat Stadium Shah Alam tu? Bosan sangat ke game final kelmarin? Seorang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd