• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, October 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sabah Sumbang RM100,000 Kepada 20 Sekolah Agama

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Kerajaan negeri hari ini menyampaikan sumbangan berjumlah RM100,000 kepada 20 buah sekolah agama rakyat yang beroperasi di seluruh Sabah.

Sumbangan itu disampaikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Jabatan Pendidikan Sabah, di sini.

Turut hadir Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun yang juga Exco Pendidikan negeri dan Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Maimunah Suhaibul.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Maimunah berkata pihaknya melahirkan penghargaan dan mengucapkan terima kasih atas keprihatinan serta sumbangan kerajaan negeri, ke arah memperkasa kemajuan pendidikan di Sabah.

“Walaupun sekolah agama rakyat bukan di bawah Jabatan Pendidikan Sabah kerana ia dikelolakan oleh Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah, namun, atas nama pendidikan, kami amat mengalu-alukan sumbangan kerajaan negeri ini kerana kami yakin ia akan dapat meningkatkan lagi prestasi pengurusan sekolah berkenaan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Maimunah berkata pihaknya turut mengalu-alukan mana-mana sekolah agama rakyat di Sabah untuk menyerahkan sekolah itu kepada Kementerian Pendidikan bagi membolehkan pihak kementerian dan jabatan menyalurkan bantuan.

“Apabila sekolah agama rakyat ini diserahkan kepada kementerian, ia akan menjadi sekolah agama bantuan kerajaan,” katanya.

Setakat ini, sebanyak lima sekolah agama rakyat di Sabah masing-masing tiga sekolah rendah dan dua sekolah menengah telah diserahkan kepada kementerian, katanya. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“RM300,000 Itu Sangat Besar Bagi Diri Saya. Segala Simpanan Yang Ada Masih Belum Mencukupi” – Akmal Saleh

“RM300,000 Itu Sangat Besar Bagi Diri Saya. Segala Simpanan Yang Ada Masih Belum Mencukupi” – Akmal Saleh

21/10/2026
0

MELAKA - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh meluahkan rasa berat hati terpaksa membuka bidaan motosikal Honda X-ADV...

Abdul Hadi Dakwa Kerajaan Takut, PAS Akan Cabar Pembatalan PN Di Mahkamah

Abdul Hadi Dakwa Kerajaan Takut, PAS Akan Cabar Pembatalan PN Di Mahkamah

21/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengecam tindakan kerajaan membatalkan pendaftaran Perikatan Nasional (PN), yang disifatkannya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd