• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sabah Masih Bebas Jangkitan Rabies – Yahya

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Yahya Hussin berkata Sabah masih lagi bebas daripada jangkitan virus rabies atau penyakit anjing gila selepas tiga kanak-kanak disahkan dijangkiti virus itu di Sarawak.

Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah berkata negeri itu telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan mencegah kemasukan haiwan hidup terutama anjing dan kucing.

“Saya percaya ini adalah kes pertama yang dilaporkan di Sarawak dan saya lega sebab Sabah masih bebas daripada jangkitan virus rabies.

“Sehubungan itu, saya mengarahkan Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak (DOVSAI) Sabah untuk meningkatkan pemantauan dan mengambil langkah berjaga-jaga menghalang kemasukan haiwan hidup terutama anjing dan kucing,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Oleh itu beliau berkata semua lesen yang dikeluarkan DOVSAI bagi pengimportan anjing, kucing dan haiwan hidup yang lain dari Sarawak atau mana-mana kawasan jangkitan telah dibatalkan dan dihalang daripada dibawa masuk ke Sabah.

Yahya berkata beliau percaya bahawa semua pintu masuk telah dimaklumkan untuk mengetatkan pemeriksaan veterinar.

Beliau menggesa Jabatan Kesihatan untuk meneruskan kerjasama dengan DOVSAI untuk melaporkan kes-kes manusia digigit anjing.

Yahya juga menggesa orang ramai untuk melaporkan sebarang tingkah laku anjing yang mencurigakan ke pejabat DOVSAI yang terdekat, terutama di bandar-bandar sempadan. – BERNAMA

Tags: RabiesSabah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KKM Buka 750 Jawatan Tetap Pegawai Perubatan Di Sabah, Sarawak

KKM Buka 750 Jawatan Tetap Pegawai Perubatan Di Sabah, Sarawak

29/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan pengambilan khas secara tetap bagi Pegawai Perubatan Gred UD10 untuk mengisi...

Konsert Israel Houghton Wajar Dibenarkan, Hormati Hak Kebebasan – Shafie Apdal

Konsert Israel Houghton Wajar Dibenarkan, Hormati Hak Kebebasan – Shafie Apdal

03/10/2026
0

KOTA KINABALU - Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berpendirian konsert yang dicadangkan oleh artis Kristian dari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd