• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rafizi Ramli Bebas Tuduhan Sengaja Aib Anggota UMNO

oleh Ahmad Albab
13/07/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini hari ini membebaskan Naib Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli daripada tuduhan sengaja mengaib dan membangkitkan kemarahan anggota UMNO menerusi satu kenyataan tiga tahun lepas, setelah membenarkan rayuannya.

Keputusan yang dibuat oleh Hakim Datuk Ghazali Cha itu sekaligus mengetepikan sabitan dan hukuman denda RM1,800 atau penjara 10 bulan ke atas Mohd Rafizi yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada 26 Jan tahun lepas.

Selain itu, hakim Ghazali turut menolak rayuan balas yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan terhadap hukuman denda tersebut.

Mohd Rafizi yang juga anggota Parlimen Pandan diwakili oleh peguam Gobind Singh Deo manakala Pengarah Pendakwaan Selangor, Muhamad Iskandar Ahmad hadir bagi pihak pendakwaan.

Muhamad Iskandar ketika ditemui pemberita kemudiannya berkata pihak pendakwaan bercadang untuk membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

​​​​​​​​​​​​​​“Saya akan buat laporan dan memberi cadangan kepada Peguam Negara untuk kes ini dirayu di peringkat tinggi dalam masa terdekat,” katanya.

Mengikut pertuduhan, Mohd Rafizi, 40, dengan sengaja mengaib dan membangkitkan kemarahan anggota UMNO melalui kenyataannya dalam artikel bertajuk ‘Will Rafizi quit if Selangor is not toppled?’ yang boleh mengancam keamanan awam.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat The Edge Malaysia Communication Sdn Bhd, Menara KLK, Jalan PJU 7/6, Mutiara Damansara dekat sini, pada 11.40 pagi, 4 Feb 2014.

Mohd Rafizi didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, dalam penghakimannya hakim Ghazali berkata pertuduhan terhadap Mohd Rafizi tidak lengkap seperti mana peruntukan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana tidak menyatakan elemen niat dan pengetahuan Mohd Rafizi dalam mengeluarkan kenyataan tersebut.

Menurut beliau, jika melihat kepada pertuduhan, kenyataan dibuat secara umum kepada anggota UMNO dan reaksi daripada kenyataan itu hanya setakat membuat laporan polis oleh UMNO Selangor, bukan oleh UMNO secara keseluruhan serta tidak melibatkan sebarang kejadian yang boleh mengancam keamanan awam. – BERNAMA

Tags: Rafizi RamliUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan jumlah keahlian baharu parti itu menerusi pendaftaran secara...

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO menegaskan tidak ramai dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai pengalaman luas mengurus negara seperti dimiliki parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd