Tuesday, April 30, 2024

Creating liberating content

Tebusan RM12j: Abu Sayyaf...

AHLI keluarga dan rakan-rakan empat pelayar warga Malaysia yang diculik kumpulan Abu Sayyaf...

Imigresen Tahan 29 PATI...

KLANG - Jabatan Imigresen Selangor menahan 29 warga asing dalam satu operasi di...

Shafie Apdal Ditahan SPRM...

KOTA KINABALU - Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Datuk Seri Mohd...

Mike Tyson Mahu Bayar...

JUARA Heavyweight dunia, Mike Tyson sentiasa yakin dengan kebolehan yang ada pada dirinya. Mengimbas...

Rabies: Penduduk Diarah Kurung Anjing, Kucing

SERIAN – Penduduk-penduduk Kampung Paon Sungai Rimu dan Kampung Paon Sungai Rimu Bakung di sini telah diarah mengurung anjing dan kucing mereka mulai hari ini ekoran penularan virus Rabies atau penyakit anjing gila.

Jabatan Kesihatan Sarawak, Jabatan Veterinar dan Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan Sarawak (SSPCA) mengeluarkan arahan itu pada pertemuan dengan penduduk kampung berkenaan, yang terletak kira-kira 80 kilometer dari Kuching, pagi tadi.

Selain itu, para penduduk juga diberitahu bahawa vaksin Rabies akan dibawa ke kampung berkenaan esok, kata seorang penduduk, Lainus Luak, 74, kepada Bernama hari ini.

“Mereka beritahu langkah kurung anjing dan kucing adalah antara proses mengesan haiwan yang dijangkiti penyakit itu. Mereka juga minta maklumkan jika ada haiwan yang sakit atau mati untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

Pesara kerajaan, Cosmas Luak, 61, pula berkata beliau reda jika empat anjing peliharaannya terpaksa dihapuskan bagi mengelak virus Rabies.

Cosmas berkata anjing peliharaannya itu pernah diserang oleh anjing luar selepas sambutan Hari Gawai.


“Esok, mereka (Jabatan Kesihatan Sarawak, Jabatan Veterinar) akan datang lagi. Penduduk kampung perlu daftar kucing dan anjing masing-masing untuk diperiksa,” katanya.

Selain itu, katanya penduduk yang pernah digigit anjing atau kucing juga akan diperiksa esok.

Menurutnya kali terakhir beliau dan penduduk kampung menghapuskan anjing yang disyaki membawa virus Rabies adalah pada minggu lepas. – BERNAMA

Kategori