• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selangor Tiada Peruntukan Khas Tangani Rabies

oleh AK-47
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor tidak mempunyai peruntukan khas untuk menangani penyakit rabies kerana ia bukan bersifat endemik seperti demam denggi.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Exco Kesihatan Awam, Perpaduan, Wanita dan Keluarga Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, bagaimanapun terdapat tiga jabatan dan agensi bertanggungjawab untuk mengekang penularan penyakit tersebut iaitu Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Walaupun penyakit bawaan binatang ini adalah di bawah DVS, namun dua jabatan lain iaitu JKNS perlu mengendalikan pesakit virus tersebut manakala PBT membuat kawalan ke atas haiwan terbiar khususnya anjing liar,” katanya kepada Sinar Harian, pada Isnin.

Siti Mariah berkata, rakyat Selangor diminta memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa untuk mengawal populasi anjing liar di negeri itu yang boleh mendatangkan penyakit tersebut.

Menurut Siti Mariah lagi, pihak PBT mengalami kesukaran untuk menangkap haiwan berkenaan susulan terdapat segelintir individu yang menyukarkan operasi tersebut dijalankan apabila aduan diterima.

“Semua PBT ada masalah kawal anjing kerana menghadapi kesukaran menangkap haiwan tersebut serta tidak dibenarkan untuk menembak anjing liar atau sebagainya.

“Justeru, PBT mempelawa persatuan-persatuan dan aktivis haiwan untuk ambil alih tugas menangkap anjing namun mereka menolak. Pada masa sama mengecam pihak PBT pula dengan mendakwa menggunakan cara tangkapan yang dikatakan kejam.

“Oleh itu, kawalan ke atas anjing liar ini banyak bergantung kepada kerjasama dengan rakyat,” kata beliau lagi.

Pada Ahad, JKNS memaklumkan terdapat satu kes kematian membabitkan seorang lelaki warga tempatan yang disahkan dijangkiti rabies pada 4 April lalu.

Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman menerusi satu kenyataan di Facebook JKNS memaklumkan, mangsa yang berusia 40 tahun dan menetap di daerah Petaling meninggal dunia di rumah pada 10 Mac lalu.

-Sinar Harian

Tags: peruntukanRabiesselangor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Akan Terus Perjuang Isu Layanan Tidak Sama Rata Peruntukan Untuk Bukan Bumiputera – Guan Eng

DAP Akan Terus Perjuang Isu Layanan Tidak Sama Rata Peruntukan Untuk Bukan Bumiputera – Guan Eng

13/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menegaskan beliau akan terus memperjuangkan isu rasa tidak puas hati masyarakat bukan...

Peruntukan Denda Tipu Status Halal Sehingga RM5 Juta, Tapi Hukuman Hanya RM10,000 Hingga RM30,000

Peruntukan Denda Tipu Status Halal Sehingga RM5 Juta, Tapi Hukuman Hanya RM10,000 Hingga RM30,000

05/11/2026
0

PUCHONG - Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) menggesa pihak berkuasa mengenakan hukuman maksimum RM5 juta yang diperuntukkan undang-undang bagi kes penipuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd