• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Puteri Aishah Jelaskan Hubungan Dengan SM Faisal

oleh AK-47
26/07/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KECOH beberapa hari kebelakangan ini tentang khabar angin pelakon Puteri Aishah mempunyai hubungan istimewa dengan Datuk SM Faisal SM Nasimuddin, 37.

Bagaimanapun, kata Puteri buat masa ini mereka tidaklah berpacaran tetapi hanya sekadar kawan biasa.

Puteri atau nama sebenar Puteri Aishah Sulaiman, 22, berkata dia mengenali Pengerusi Eksekutif Naza World Group of Companies ini menerusi kawan baiknya bernama Yana yang juga merupakan sepupu kepada ahli perniagaan tersebut.

😆😝

A post shared by Official Puteri Aishah (@puteriaishah_) on Jul 24, 2017 at 10:06am PDT

“Saya kenal SM Faisal menerusi kawan baik saya iaitu Yana. Kami memang dah kenal lama dan saya rapat dengan keluarga dia.

“Manakala Yana dan Faisal pula sepupu dekat dan kebetulan masa kami keluar bersama, dia ada ajak Faisal sekali. Dari situ saya kenal dan berkawan dengan dia.

“Sejujurnya, memang tidak ada hubungan istimewa pun sebab kami baru berkawan,” kata Aishah kepada mStar Online.

Menurut Puteri lagi, tujuan dia memuat naik foto dan video Instastory bersama Faisal di Instagramnya hanyalah kerana sekadar mahu berkongsi aktiviti hariannya dengan orang luar.

Dalam pada itu, Puteri berharap peminat tidak salah faham dengan pengkongsian tersebut.

Penang here we come! 🙌🏼@puteriaishah_ #roadtrip #penang #ferrarimy70 #ferrari70 #ferrari #nazaitalia #sharewithsmf

A post shared by Faisal Nasimuddin (@faisalnasimuddin) on Jul 22, 2017 at 3:59am PDT

“Saya tak nak sorok apa-apa daripada peminat dan apa yang saya kongsi bukan nak tunjuk yang kami ini bercinta atau pasangan kekasih.

“Saya harap selepas ini tidak ada yang salah faham lagi. Wanita di luar sana masih ada peluang untuk mengenali dan mendekati Faisal,” katanya berseloroh.

Puteri memuat naik foto dan video bersama Faisal di laman Instagramnya pada Ahad telah menarik perhatian netizen.

Malah, Faisal juga ada berkongsi video bersama pelakon wanita tersebut di laman sosialnya.

Apa yang menarik perhatian lagi adalah apabila kedengaran Faisal jelas menyebut,“Sayang, say hi” semasa merakam video bersama-sama Puteri.

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan mengatakan Aishah dan Faisal sesuai bersama sebagai pasangan kekasih.

Malah, ibu saudara Faisal iaitu Zaitun Amin turut memuji tingkah laku Puteri yang kelihatan sopan dan lemah-lembut.

Sebelum ini, Puteri mula popular apabila gambarnya ketika menjadi guru pelatih di sebuah sekolah rendah pada 2014 menjadi viral dan telah membuka rezekinya dalam bidang seni sebagai pelakon.

Sebelum ini Faisal pernah berkahwin dengan Emilia Hanafi pada 2002 dan dipercayai bercerai pada Mac tahun lalu.  Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata lelaki.

Faisal bersama-sama ahli keluarga yang lain kini menguruskan perniagaan yang ditinggalkan oleh arwah ayahnya, Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin yang meninggal dunia pada 1 Mei 2008.-MYNEWSHUB.CC

Tags: puteri aishahSM Faisal SM Nasimuddin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tips Kurus Adik Shila Amzah Dikritik Pakar Diet

Next Post

Perhilitan Rampas 12 Ekor Burung Helang Di Pendang

Related Posts

Gementar Berlakon Filem, Puteri Puji Cara Kerja Remy

28/06/2018
0

SEBAGAI pendatang baharu, pelakon Puteri Aishah menyifatkan Remy Ishak sebagai seorang aktor yang sangat garang dan serius dalam melaksanakan tugasan....

Lakon Watak Gemuk, Puteri Habis 3 Jam Untuk Solek

12/06/2018
0

MENJADI seorang pelakon bukanlah mudah lebih-lebih lagi apabila terpaksa melakukan pengorbanan daripada segi fizikal demi menjayakan lakonan berkenaan. Bagi Puteri...

Next Post

Perhilitan Rampas 12 Ekor Burung Helang Di Pendang

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd