• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pusat Pemantauan Berpusat KL Sentral Cadang Diwujudkan

oleh AK-47
31/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebuah pusat pemantauan berpusat untuk memantau operasi KL Sentral, dicadang diwujudkan, antara lain bagi meningkatkan keselamatan hab pengangkutan awam utama negara itu secara menyeluruh, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata beliau telah mengarahkan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Alwi Ibrahim untuk mengemukakan kertas cadangan berkenaan kepadanya untuk dibentangkan kepada Jemaah Menteri.

“Saya telah minta Ketua Setiausaha KDN yang juga pengerusi Jawatankuasa Pusat Sasaran Penting untuk kemukakan kertas cadangan hasil mesyuarat yang mereka akan lakukan, dalam tempoh sebulan,” katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan kerja ke stesen berkenaan serta mencuba perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) dari Stesen Muzium Negara ke Stesen Merdeka, hari ini.

Lawatan selama kira-kira dua jam 30 minit itu turut disertai Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Pengarah Urusan MRCB Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata langkah mewujudkan pusat berkenaan adalah langkah jangka masa panjang bagi meningkatkan aspek keselamatan lokasi-lokasi sasaran penting seperti KL Sentral yang diisytihar sebagai kawasan sasaran penting keutamaan secara menyeluruh.

“Dalam hal ini kami telah setuju untuk sarankan agar terdapat sistem pemantauan berpusat untuk melakukan penyelarasan kepada sistem sedia ada agar ia disambungkan terus kepada Polis Diraja Malaysia,

“Ini supaya pemantauan dapat dilakukan secara berpusat dan tindakan boleh diambil pihak polis secara terus, maka ia tidak perlu melalui beberapa peringkat komunikasi,” katanya.

Ahmad Zahid berkata beliau akan turut berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai peruntukan bagi membiayai kos pusat berkenaan.

“Ini untuk melihat sama ada ia perlukan peruntukan terus dari perbendaharaan, atau ada kerjasama dengan pihak swasta atau Badan Berkaitan Kerajaan (GLC),” katanya.

Ahmad Zahid berkata untuk langkah jangka masa pendek bagi meningkatkan aspek keselamatan hab pengangkutan awam yang dikunjungi hampir 200,000 orang setiap hari itu, beliau turut mengarahkan supaya jumlah anggota polis bantuan ditambah.

Ahmad Zahid berkata beliau telah meminta pihak MRCB, Prasarana, dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), untuk mempertingkatkan jumlah kakitangan, walaupun jumlah yang ada telah berjalan beberapa ketika, namun mahu mereka meningkatkan jumlah petugas dalam tempoh sebulan daripada tarikh lawatan beliau hari ini.

“Ini adalah satu langkah jangka pendek yang bertepatan dengan kesiapsiagaan kita untuk hadapi Sukan SEA,” katanya.
Beliau berkata satu perancangan jangka sederhana juga perlu dibuat bukan hanya dari segi pemasangan kamera litar tertutup berdefinisi tinggi tetapi juga sistem pengecaman wajah.

Mengenai lawatan hari ini Ahmad Zahid berkata beliau berpuas hati dengan tahap kepekaan sistem keselamatan hab pengangkutan awam berkenaan, namun masih ada ruang yang boleh diperbaiki. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiKL Sentral
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pelajar Imtiaz Menang Pertandingan Kreativiti Dunia

Next Post

Despacito Versi Arab Sentuh Isu Mas Kahwin Mahal

Related Posts

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

05/05/2024
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat supaya mengawal diri daripada menulis atau berkongsi...

Tak Perlu Timbul Lagi Isu Tuntut DAP Mohon Maaf Kepada UMNO – Zahid

Tak Perlu Timbul Lagi Isu Tuntut DAP Mohon Maaf Kepada UMNO – Zahid

08/06/2023
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan isu permohonan maaf daripada DAP kepada UMNO seperti yang dibangkitkan Ketua...

Next Post

Despacito Versi Arab Sentuh Isu Mas Kahwin Mahal

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd