• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Despacito Versi Arab Sentuh Isu Mas Kahwin Mahal

oleh AK-47
31/07/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JIKA lirik lagu Despacito nyanyian Luis Fonsi dan Justin Bieber dikecam kerana mengandungi mesej-mesej berbaur lucah, Despacito versi Arab ini pula dipuji kerana menerapkan mesej yang lebih positif berbanding versi lagu yang asal.

Lagu Despacito versi Arab menyentuh mengenai isu mas kahwin yang terlalu mahal di kalangan wanita Arab.

Dalam video lagu tersebut, penyanyinya Oman Mohamed Al-Mungi menyanyikan lirik-lirik yang berkisarkan mengenai bapa teman wanitanya yang menuntut agar sesiapa yang ingin mengahwini anaknya, sang jejaka perlu terlebih dahulu memiliki rumah, kereta dan menyediakan busana perkahwinan wanita yang mahal serta mas kahwin yang lumayan.

Antara seni kata yang terkandung dalam lagu tersebut jika dialih bahasa ke bahasa Melayu, “Mengapa anda memberi syarat-syarat yang menyusahkan kami? Apakah anda lupa betapa murah mas kahwin pada zaman anda”?

Lagu tersebut bertujuan untuk mendorong golongan lebih tua supaya tidak memaksa anak-anak muda untuk berkahwin hanya disebabkan harta dan wang ringgit.

Sejak dimuat naik di laman Youtube bermula 25 Julai lalu, video ini telah menerima lebih daripada sejuta tontonan di laman perkongsian video popular itu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Arabdespacito
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Blinken Di Israel Untuk Rundingan Dengan Negara Arab

28/03/2022
0

TEl AVIV – Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken semalam berada di Israel untuk mengadakan pertemuan ‘bersejarah’ bersama negara-negara...

Akibat Buruk Jika Normalisasi Dengan Israel

22/11/2018
0

BEBERAPA negara Arab sudah mula menunjukkan sikap mahu berbaik dengan negara Zionis, Israel dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Usaha ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd