• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Imtiaz Menang Pertandingan Kreativiti Dunia

oleh AK-47
01/08/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BESUT – Empat pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Besut mengharumkan nama negara apabila meraih pingat emas dalam Pertandingan Kreativiti Ciptaan Dunia (WICC) anjuran Persatuan Penciptaan Universiti-Universiti Korea yang diadakan di Seoul, Korea dari 28 hingga 30 Julai.

Kejayaan tersebut merupakan kejayaan kali kedua kepada pelajar SM Imtiaz Yayasan Terengganu Besut dalam pertandingan berkenaan iaitu pada tahun 2015 empat pelajar daripada sekolah itu juga memenangi pingat emas dalam pertandingan yang diadakan di Taiwan yang turut disertai lebih 150  buah sekolah daripada seluruh dunia.

Pengetua SM Imtiaz Besut, Abdul Wahab Mohd Arshad memberitahu empat pelajar yang memenangi pertandingan terbaru itu ialah Ameerul Shafiq Abdul Manaf, Khairul Hakimin Mohd Shafie, Ahmad Afiq Danial  Mohd Kamal dan Ahmad Amir Izzat Amran yang kesemuanya berumur 17 tahun dan merupakan pelajar tingkatan empat.

Katanya, keempat-empat pelajar itu dipilih apabila kajian ciptaan mereka tentang alat pengasing minyak berasaskan kulit telur dipilih oleh hakim dalam pertandingan berkenaan yang sebelumnya juga telah mendapat pengesahan ketulenan daripada universiti tempatan.

“Penciptaan pelajar saya itu berpunca daripada saranan saya supaya mencari satu pendekatan bagi mengasingkan minyak daripada air yang mengalir masuk ke sungai berdekatan sekolah agar pencemaran air sungai tidak berlaku,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Dengan dua kali kejayaan itu, para pengajar sekolahnya kini telah menjadikan bidang kreativiti penciptaan sebagai budaya baharu kepada setiap pelajar di sekolahnya. – BERNAMA

Tags: Pertandingan Kreativiti Dunia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd