• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Presiden RFEF, Anak Lelaki Ditahan Kes Rasuah

oleh AK-47
18/07/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MADRID – Presiden Persekutuan Bola Sepak Diraja Sepanyol (RFEF) Angel Maria Villar dan anak lelakinya Gorka hari ini ditahan pihak berkuasa negara itu bagi membantu siasatan kes melibatkan rasuah, lapor agensi betita Xinhua.

Menurut laporan media Sepanyol, Villar yang baharu sahaja dipilih semula sebagai presiden RFEF bagi penggal kelapan, ditahan bagi membantu siasatan kes pemalsuan dokumen, rasuah antara individu, dan penyelewengan dana yang berkaitan dengan organisasi bagi perlawanan antarabangsa.

Selain itu, Naib Presiden Ekonomi RFER Juan Padron juga turut ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Menurut laporan, pegawai penyiasat dilihat menggeledah dan mendaftar dokumen yang terdapat dalam pejabat tersebut.

Villar turut memangku jawatan Presiden Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) dalam tempoh di antara Oktober 2015 hingga September 2016 susulan penggantungan Michel Platini yang turut didakwa terlibat dalam kes rasuah.

Selain itu, Villar turut memegang jawatan Naib Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) walaupun beliau pernah dikenakan denda sebanyak US$26,000 dan diberi amaran oleh Jawatankuasa Etika FIFA pada 2015 kerana gagal memberi kerjasama dalam siasatan berkaitan proses pembidaan final Piala Dunia 2018. – BERNAMA

Tags: ditahanKes Rasuah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

28/01/2026
0

MELAKA: Seorang pegawai kanan tentera ditahan reman selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM150,000 berkait kerja perbekalan bahan mentah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd