Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

APMM Patahkan Cubaan 12...

TAWAU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tawau mematahkan cubaan 12 pendatang asing...

MPS Akan Rombak Tender...

SANDAKAN - Pemberian tender kerja pembersihan bandar menerusi Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) akan...

Kes Altantuya: Azilah Mohon...

KUALA LUMPUR - Bekas anggota Unit Tindakan Khas Polis Diraja Malaysia, Azilah Hadri,...

Tiada Petunjuk Baru Kes...

KULAI - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan tiada petunjuk...

Prasarana Mula Ambil Alih Operasi Feri Pulau Pinang

KUALA LUMPUR – Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) secara rasmi mula mengambil alih operasi perkhidmatan feri ulang-alik ikonik di Pulau Pinang berkuat kuasa hari ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika mengesahkan perkara tersebut berkata, pihaknya akan berbincang dengan pengurusan tertinggi Prasarana mengenai kontrak pengambilalihan dalam tempoh terdekat.

Ini termasuk membincangkan secara terperinci tempoh syarikat berkenaan dapat mengendalikan perkhidmatan pengangkutan air antara Butterworth di tanah besar Seberang Perai dan George Town di bahagian pulau tersebut.

“Kita benar Prasarana ambil alih perkhidmatan feri Pulau Pinang berkuat kuasa hari ini namun kementerian akan sentiasa memerhati rapat prestasi syarikat dalam menyediakan kemudahan untuk masyarakat negeri itu,” katanya.

Tiong Lai menegaskan demikian ketika ditemui para pemberita selepas beliau hadir merasmikan Pusat Penyelidikan Mimpi di Mahligai Merah di Perpustakaan Universiti Malaya, di ibu negara pada Sabtu.

Pada 17 Jun lalu, sebuah akhbar tabloid berbahasa Inggeris melaporkan Prasarana akan mengambil alih langsung perkhidmatan feri Pulau Pinang daripada pengendalinya sekarang iaitu Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB).

Operasi feri tersebut akan dijenamakan semula sebagai ‘RapidFerry’ dengan jumlah bayaran RM1. Prasarana juga merupakan pembekal pengangkutan awam terbesar di Malaysia dan ia turut mengendalikan bas Rapid Penang.


Kerajaan DAP Pulau Pinang pernah berura-ura mahu mengambil alih operasi feri itu pada 2015 dengan menyatakan hasrat menerusi surat rasmi kepada Tiong Lai tetapi enggan menanggung segala hutang lama diwarisi oleh PPSB.

Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) melaporkan mahu menaikkan tambang feri berikutan kerugian besar yang dialami PPSB dalam mengendalikan perkhidmatan dengan secara purata sebanyak RM20 juta setiap tahun.

Ikon pelancongan negeri berkenaan yang telah beroperasi bermula pada 1894 itu ketika ini mengalami kemerosotan apabila ramai pemandu beralih kepada laluan Jambatan Pulau Pinang sejak 1985. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori