• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Putrajaya Selesai 10 Kes Curi Dalam Ops Loker

oleh AK-47
04/07/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Polis Putrajaya berjaya menyelesaikan 10 kes curi dalam bangunan dengan nilai kerugian RM44,000 membabitkan barangan peribadi dengan tertangkapnya suspek kes yang menjadikan loker sebagai sasarannya pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Rosly Hassan berkata lelaki berusia 39 tahun itu ditahan dalam serbuan di rumahnya di Seremban, Negeri Sembilan kira-kira 1.10 pagi.

Ini susulan berlakunya kes kecurian barangan milik sepasang kekasih dari loker bilik persalinan di sebuah fasiliti kolam renang di Presint 5 di sini, tiga hari sebelum itu.

Katanya pasangan itu membuat laporan pada 27 Jun bahawa barangan peribadi mereka termasuk sejumlah wang yang dianggarkan RM23,000 telah dicuri dari loker penyimpanan barang di fasiliti berkenaan dan susulan itu, polis melancarkan Ops Loker bagi menjejaki suspek.

Menurutnya, usaha menjejaki suspek mengesan berlakunya transaksi kad kredit mangsa di pusat beli-belah di Cyberjaya dan Putrajaya yang telah digunakan untuk membeli lima telefon bimbit.

“Suspek dipercayai membeli telefon bimbit bagi dijual kepada orang tengah untuk mendapatkan wang dipercayai bagi digunakan untuk membeli dadah,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Rosly berkata polis menemui barangan milik mangsa antaranya dompet, beberapa kad pengenalan, kad kredit, sebuah tablet dan empat telefon bimbit yang dipercayai dibeli menggunakan kad kredit milik mangsa ketika serbuan dilakukan untuk menahan suspek.

Beliau berkata satu daripada lima telefon bimbit berkenaan telah dijual kepada pembeli dari Sarawak.

Semakan terhadap kad pengenalan yang ditemui mendapati laporan polis pernah dibuat di balai polis Sungai Nibong, Pulau Pinang; Ayer Keroh, Melaka; Bandar Sunway, Selangor dan Tun HS Lee, Kuala Lumpur oleh pemilik kad pengenalan berkenaan, katanya.

Rosly berkata modus operandi suspek yang telah berkeluarga itu ialah bergerak secara bersendirian di premis yang menyediakan kolam renang sambil memerhatikan pergerakan mangsa menyimpan barangan peribadi di dalam loker sebelum bertindak merentap loker tersebut ketika mangsa leka melakukan aktiviti di kolam renang.

Suspek juga mengaku telah melakukan 10 kes curi dalam bangunan melibatkan taktik merentap loker mangsa tahun ini dengan kerugian keseluruhan bernilai kira-kira RM44,000, katanya.

Ketika ditahan suspek yang memiliki dua rekod jenayah iaitu tipu dan dadah juga didapati positif dadah jenis ketamin, katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana curi dalam bangunan. – BERNAMA

Tags: ACP Rosly HassanKes CuriOps Loker
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Dituduh Curi 47 Barang Pasar Raya Serentak

Wanita Dituduh Curi 47 Barang Pasar Raya Serentak

27/03/2024
0

Kuala Terengganu : Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas tuduhan mencuri pelbagai jenis barangan...

Tiga Anggota Polis Ditahan Curi RM85,000 Semasa Operasi Di ‘Mini Dhaka’

Tiga Anggota Polis Ditahan Curi RM85,000 Semasa Operasi Di ‘Mini Dhaka’

24/12/2023
0

KUALA LUMPUR : Tiga anggota polis dipercayai daripada Pasukan Gerakan Am Briged Tengah ditahan selepas disyaki mencuri wang berjumlah RM85,000...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd