• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Cari Waris Mayat Terapung Di Sungai Muar

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Polis mencari waris kepada satu mayat lelaki yang ditemukan terapung di bawah Jeti Jabatan Kastam daerah ini di Sungai Muar, pada 4.10 petang, 16 Julai lepas.

Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Muar ASP Nordin Osman berkata, mayat tanpa sebarang dokumen pengenalan diri itu dipercayai berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun serta berketinggian 1.77 meter ditemukan lengkap memakai seluar jeans dan berkemeja T kelabu.

“Sehingga hari ini tiada waris yang tampil menuntut mayat berkenaan dan saya minta kerjasama orang ramai terutama sesiapa yang kehilangan anggota keluarga atau pekerja agar tampil membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata berdasarkan keadaan mayat, mangsa yang juga berkulit gelap itu dianggarkan meninggal dunia dalam tempoh dua atau tiga hari sebelum dijumpai, dan pemeriksaan fizikal ke atas mayat itu mendapati terdapat tatu bercorak helang di atas dada kiri mangsa dan beberapa bentuk tatu lain, selain mangsa juga memakai rantai emas serta aksesori perhiasan lain.

Orang ramai yang kehilangan anggota keluarga atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Marin Inspektor Yong Yi Yuan di talian 016-6033115 atau 06-9529122 untuk tindakan lanjut.

Mayat lelaki itu kini berada di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar untuk bedah siasat.  – BERNAMA

Tags: Mayatpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd