• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM, TPM Ucap Tahniah Jun Hoong Lakar Sejarah

oleh Ahmad Albab
20/07/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan ucapan tahniah kepada penerjun elit kebangsaan, Cheong Jun Hoong yang melakar sejarah, menjadi atlet Malaysia pertama meraih pingat emas pada Kejohanan Akuatik Dunia 2017 di Budapest, Hungary pada Rabu (Khamis di Malaysia).

“Tahniah @cheongjunhoong! Juara dunia pertama #Negaraku dalam acara Platform Terjun Wanita di #FINABudapest2017,” kata Perdana Menteri menerusi laman Twitternya, hari ini.

Penerjun berusia 27 tahun berasal dari Perak itu, yang merupakan gandingan Pandelela Rinong meraih pingat perak pada Sukan Olimpik 2016 di Rio, mencatat 397.50 mata dalam acara 10m platform individu wanita.

Bekas juara dunia, Si Yajie dari China, memenangi pingat perak dengan catatan 396.00 mata, manakala rakan sepasukannya, Ren Qian, yang meraih pingat emas Sukan Olimpik 2016 di Rio, menamatkan saingan di tempat ketiga selepas mengumpul 391.95 mata, menurut laman web rasmi Fina; www.fina.org.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan kemenangan Jun Hoong sebagai kebanggaan negara.

“Tahniah @cheongjunhoong juara dunia acara 10m platform wanita. Sejarah tercipta dan menjadi kebanggaan negara .Terima kasih atlet negara,” katanya dalam laman Twitter beliau. – BERNAMA

Tags: Cheong Jun HoongDatuk Seri Najib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Selangor Perjelas Sejarah LRT3: Najib Mulakan, Guan Eng Potong, Anwar Sambung

Sultan Selangor Perjelas Sejarah LRT3: Najib Mulakan, Guan Eng Potong, Anwar Sambung

01/07/2026
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi penghargaan (credit) kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun...

Media Berbahasa Cina Lapor Ucapan “Terima Kasih Najib” Penuhi Ruangan Komen LRT3

Media Berbahasa Cina Lapor Ucapan “Terima Kasih Najib” Penuhi Ruangan Komen LRT3

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Media berbahasa Cina melaporkan ruangan komen di media sosial hari ini dipenuhi ucapan penghargaan kepada bekas Perdana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd