• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pakatan Harapan Cetuskan Lebih Banyak Kekeliruan

oleh Ahmad Albab
17/07/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan cuba menyembunyikan fakta daripada rakyat Malaysia bahawa DAP, yang mempunyai kerusi terbanyak di Parlimen dalam kalangan parti gabungan pembangkang itu, sebenarnya yang menentukan siapa bakal Perdana Menteri.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Salleh Said Keruak berkata walaupun pakatan itu mencadangkan ketua umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjadi Perdana Menteri berikutnya tetapi dalam realiti politik, jawatan itu akan diputuskan oleh parti yang mempunyai paling banyak kerusi di Parlimen.

“Dalam kes Barisan Nasional, perkara itu akan diputuskan oleh UMNO terutamanya kerana UMNO memiliki kerusi terbanyak.

“Bagi Pakatan Harapan, DAP yang mempunyai kerusi paling banyak, dan ini bermakna DAP yang akan menentukan siapa menjadi perdana menteri dan timbalan perdana menteri, dan bukannya Tun Dr. Mahathir Mohamad atau Anwar Ibrahim seperti mana yang dicadangkan itu,” katanya dalam catatan terbaru blog beliau malam ini.

Salleh berkata fakta itulah yang cuba disembunyikan Pakatan Harapan daripada rakyat Malaysia dengan menamakan Anwar sebagai perdana menteri berikutnya, namun pada masa sama melantik perdana menteri sementara sehinggalah beliau dibebaskan daripada penjara.

Selain itu, katanya, penasihat DAP Lim Kit Siang mahu orang Melayu berfikir bahawa perdana menteri dan timbalan perdana menteri adalah sentiasa daripada kalangan orang Melayu kerana itu adalah satu-satunya cara bagi Pakatan Harapan mendapatkan sebanyak mungkin undi daripada mereka.

Bagaimanapun, Salleh yang juga Bendahari UMNO percaya bahawa tanpa PAS, Pakatan Harapan tidak mudah meraih undi pemilih Melayu.

“Malah, DAP masih belum memutuskan siapa yang akan menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Dan Mahathir pula merasakan beliau adalah gam yang mengikat Pakatan Harapan walaupun wujud banyak perbezaan di antara mereka. Tetapi partinya, PPBM, hanya mempunyai satu kerusi dan tidak mempunyai kuasa untuk bercakap lebih,” kata beliau.

Selain menamakan Anwar sebagai pemimpin umum, mesyuarat majlis presiden Pakatan Harapan yang berlangsung lima jam pada malam Khamis turut melantik Dr. Mahathir (PPBM) sebagai Pengerusi dan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (PKR) sebagai Presiden. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Salleh Said Keruakpakatan harapan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

Laungan ‘Tolak UMNO’, ‘Pengkhianat’, ‘Reformasi’ Di Konvensyen Pakatan Harapan Johor

Laungan ‘Tolak UMNO’, ‘Pengkhianat’, ‘Reformasi’ Di Konvensyen Pakatan Harapan Johor

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Laungan 'Tolak UMNO' 'Pengkhianat' dan 'Reformasi' bergema dalam Konvensyen Pakatan Harapan (PH) Johor hari ini. Situasi hampir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd