• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peruntukan Khas Sekolah Cina Bukan Tujuan Operasi

oleh AK-47
01/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Peruntukan khas yang diberikan kepada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) adalah untuk menampung perbelanjaan tambahan dan bukan bagi tujuan operasi, kata Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk Chong Sin Woon.

Katanya terdapat pihak yang cuba memesongkan fakta dengan menyatakan akibat kelewatan peruntukan khas itu kepada sekolah ia telah menyebabkan institusi berkenaan tidak dapat beroperasi.

“Kerajaan memberikan peruntukan itu bagi menampung perbelanjaan tambahan seperti penyelenggaraan serta baik pulih sekolah.

“Peruntukan untuk pengoperasian lebih tinggi kerana dari situ gaji pengetua, guru, pengawal keselamatan diberi dan ia juga diberi awal tahun,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan cek peruntukan khas SMJK 2016 sebanyak RM2.65 juta kepada 17 sekolah di negeri Perak di sini, hari ini.

Chong berkata sebanyak RM24 juta peruntukan khas diberi kepada 17 buah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMKJ) di Perak sejak tahun 2012.

Menjelas lanjut beliau berkata peruntukan pengoperasian juga diberikan kepada setiap sekolah secara adil berdasarkan jumlah bilangan murid atau Geran Per Kapita (PCG).

Dalam pada itu, Chong menyelar sikap pembangkang yang sengaja membangkitkan isu Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC)  serta pembinaan sekolah terutama menjelang pilhan raya.

“Bila tiba musim pilihan raya barulah mereka mengada sidang media kata kalau mereka memerintah negara, mereka akan mengiktiraf UEC, naikkan banner bertanya bilakah nak bina sekolah di lokasi ini? bilakah   sekolah itu nak dipindahkan?”

“Saya nak katakan kerajaan lakukan perkara ini (membina sekolah) sepanjang masa dan mengikut keperluan. Sebagai kerajaan kita melakukan apa yang sepatutnya dilakukan demi pembangunan pendidikan negara,” katanya.  – BERNAMA

Tags: Datuk Chong Sin Woon
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MCA Mahu Terus Raih Keyakinan Rakyat Pelbagai Kaum – Chong Sin Woon

MCA Mahu Terus Raih Keyakinan Rakyat Pelbagai Kaum – Chong Sin Woon

02/08/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon berkata, keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan memberi petanda positif...

Bukan BN Tapi PH Yang Bermain Isu Perkauman – Chong Sin Woon

Bukan BN Tapi PH Yang Bermain Isu Perkauman – Chong Sin Woon

02/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon melahirkan rasa kesal dengan tuduhan Pakatan Harapan (PH) konon Barisan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd