• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perlu Ambil Tindakan Pihak Sabotaj Ekonomi

oleh AK-47
07/07/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BATU PAHAT – Kerajaan diminta mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba mensabotaj ekonomi dan mengelirukan rakyat dengan persepsi negatif bagi menjatuhkan Barisan Nasional (BN).

Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata kerajaan perlu mengenakan tindakan terhadap dalang yang terlibat menerusi Akta Pencegahan Jenayah (Poca) memandangkan terdapat usaha mengelirukan rakyat termasuk menggunakan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), perhimpunan BERSIH dan terbaru isu perundangan Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat.

“Kami menyedari bahawa negara menghadapi banyak pengganas termasuk pengganas persepsi yang mahu sabotaj ekonomi negara. Kita lihat pembangkang, pendekatan mereka bersiri, perhimpunan BERSIH pun lima kali walau pun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah mengambil tindakan seperti penggunaan dakwat kekal, namun, mereka (pembangkang) tetap mengadakan BERSIH…inilah sebenarnya jenayah bersiri yang mereka lakukan,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Bahagian UMNO Batu Pahat berkata demikian pada majlis perasmian Persidangan Perwakilan Bahagian UMNO Batu Pahat yang disempurnakan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden .

Mohd Puad berkata UMNO Batu Pahat sentiasa bersiap siaga bagi merampas semula kerusi Parlimen Batu Pahat dan sudah melakukan pelbagai langkah termasuk menambah bilangan pengundi sejak 2013.

Beliau berkata sehingga kini, seramai 5,885 pengundi berjaya didaftarkan di kawasan berkenaan hasil kerjasama erat jentera bahagian UMNO berkenaan.

“UMNO Batu Pahat mengalami satu peristiwa yang sukar dilupakan iaitu apabila kami terlepas Parlimen Batu Pahat.

Saya sentiasa menyatakan kepada anggota UMNO Batu Pahat bahkan orang Melayu bahawa kami berhutang kepada UMNO, orang Melayu atas kekalahan ini tetapi ia tidak menyebabkan kita hilang semangat dan merasakan kekalahan itu sebagai satu pengakhiran tetapi kita bangkit dan akan bersama-sama merampas kembali Parlimen Batu Pahat,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Dr Mohd Puad ZarkashiUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Puad Zarkashi Sesuai Bersama PKR, Parti Prihatin Anak Sendiri

Puad Zarkashi Sesuai Bersama PKR, Parti Prihatin Anak Sendiri

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi sesuai menyertai Parti Keadilan Rakyat...

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

05/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa pimpinan parti politik menegur Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa membuat kenyataan yang disifatkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd