• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perkongsian Kuasa Dengan Rampas Semula Selangor

oleh Ahmad Albab
23/07/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMENYIH – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menggesa Barisan Nasional (BN) Selangor menzahirkan perkongsian kuasa mereka dengan merampas semula negeri itu daripada pembangkang pada pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO dan menjalankan tugas Timbalan Presiden, berkata ini kerana PRU lalu jelas menunjukkan sokongan kaum bukan Melayu terhadap BN semakin berkurangan manakala sokongan Melayu pula meningkat.

“Di Selangor kita hilang lapan kerusi, kerusi yang kita menang semuanya kerusi UMNO… apa jadi dengan parti komponen?

“Jika dilihat statistik sokongan mengikut bangsa pada PRU lepas, dalam PRU-12 sokongan Melayu terhadap BN sebanyak 57.9 peratus, PRU-13 sebanyak 58.9 peratus manakala sokongan Cina pada PRU-12 ialah 29.8 peratus dan PRU-13  sebanyak 13.4 peratus, sementara  India mencatatkan 36.3  peratus pada PRU-12 dan 34.4 peratus pada PRU-13.

“Kenapa ini berlaku? Selangor bukan hanya untuk Melayu tetapi juga untuk kaum Cina dan India maka parti komponen kita yang lain harus bersama-sama bekerja keras untuk rampas semula Selangor. Komponen BN harus ‘berjaga’ sekarang, jangan hanya bercakap sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Hulu Langat di sini, hari ini yang turut dihadiri Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor ,Tan Sri Noh Omar dan Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat, Datuk Johan Abd Aziz.

Ahmad Zahid berkata adalah tidak wajar untuk BN Selangor terus membiarkan pembangkang menikmati hasil keringat mereka membangunkan negeri itu.

“Pembangunan, kemajuan dengan pelaburan asing termasuk peluang pekerjaan dibawa UMNO dan BN sebelum mereka (pembangkang) memerintah… macam mana mereka baru dua penggal memerintah sudah kata mereka menyumbang 25 peratus Keluaran Dalam Negara kasar.

“Kita yang menebas, bercucuk tanam dan membajak tetapi hasilnya, buahnya diambil orang lain… bukan itu sahaja bahkan apabila hati dan minda rakyat kita tidak jaga kita seolah-olah menyediakan semuanya untuk pembangkang,” katanya lagi.

“Saya berjanji pada diri saya kalau Parlimen Hulu Langat dan DUN (dewan undangan negeri) yang kita kalah kita berjaya rampas semula saya janji pada diri saya, saya akan turun balik dan berikan peruntukan yang banyak,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kerajaan SelangorZahid Hamidi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd