• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjenayah Guna WeChat Culik Mangsa, Tumpas

oleh Ahmad Albab
05/07/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kegiatan sekumpulan penjenayah yang menggunakan aplikasi WeChat untuk mencari mangsa dan kemudian memeras ugut rakan-rakan mangsa akhirnya tumpas apabila lima suspek ditahan di sini, dua hari lepas.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Noor Hashim Mohamad berkata penahanan kesemua suspek yang terdiri daripada seorang perempuan serta empat lelaki berusia 24 hingga 31 tahun itu dilakukan pada petang Isnin di beberapa kawasan di Gelang Patah.

Ia susulan sebuah laporan polis yang dibuat seorang lelaki warganegara India, yang bekerja sebagai jurutera yang mengatakan dia menerima satu panggilan daripada individu tidak dikenali yang memeras ugut dirinya agar membayar sejumlah wang tebusan bagi membebaskan rakannya, yang sebelum itu keluar berjumpa dengan wanita tempatan yang baru dikenali menerusi WeChat.

“Rakan mangsa merupakan lelaki warganegara India berusia 31 tahun dan bekerja di sebuah kilang membuat barangan minyak dan gas di Nusa Cemerlang, Gelang Patah kira-kira empat tahun.

“Dia berkenalan dengan seorang perempuan tempatan melalui WeChat pada 1 Julai lalu, namun dua hari kemudiannya, dia memaklumkan kepada rakannya itu (pengadu) bahawa dia ingin mengambil cuti sakit dan berjumpa dengan perempuan berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Noor Hashim berkata tanpa mengesyaki apa-apa, rakan mangsa (pengadu) yang berusia 35 tahun kemudian membenarkan mangsa keluar.

“Namun, pada 3 Julai kira-kira 11.30 pagi, ketika rakan mangsa baru balik dari Klinik Kesihatan Gelang Patah, dia menerima panggilan telefon daripada individu tidak dikenali yang memeras ugut dirinya agar membayar sejumlah wang untuk membebaskan mangsa.

“Tanpa berfikir panjang, dia membuat laporan polis sebelum kesemua suspek berjaya ditahan,” katanya.

Ujian saringan air kencing yang turut dijalankan ke atas kesemua suspek bagaimanapun mendapati kelima-limanya negatif dadah.

Mereka juga didapati tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan dua daripadanya bekerja sebagai pengawal keselamatan, seorang merupakan tukang pasang kanopi dan tiga lagi menganggur.

Dalam tangkapan itu, polis turut merampas pelbagai barangan termasuk sebuah kereta jenis Proton Iswara, 10 unit telefon bimbit pelbagai jenama, sebuah televisyen dan tiga unit komputer riba.

Noor Hashim berkata modus operandi mereka ialah suspek perempuan akan menggunakan gambar orang lain dalam aplikasi WeChat dan berkenalan dengan seseorang sebelum menjadikan kenalan itu sebagai mangsa tebusan untuk meminta wang daripada rakan mangsa.

Kelima-lima suspek ditahan reman selama empat hari bermula 4 Julai hingga Jumaat ini bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik dan Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana memeras ugut. – BERNAMA

Tags: penjenayahwechat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penjenayah Ditembak Mati Di Jitra Ada 40 Kes Jenayah

Penjenayah Ditembak Mati Di Jitra Ada 40 Kes Jenayah

05/07/2025
0

JITRA: Seorang daripada dua penjenayah yang maut selepas berbalas tembakan dengan polis di susur masuk Lebuhraya Utara Selatan berdekatan Bandar...

Rakaman CCTV Penjenayah Pecah Masuk Kediaman Sebelum Ditembak Mati Tular

Rakaman CCTV Penjenayah Pecah Masuk Kediaman Sebelum Ditembak Mati Tular

14/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Satu video memaparkan empat penyamun memasuki sebuah rumah di Desa Vista, di Sepang sebelum tiga daripada mereka ditembak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd