• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengurus Rumah Urut Disyaki Perdagang Wanita

oleh Ahmad Albab
28/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIBU – Polis Sibu menahan seorang pengurus rumah urut di Jalan Ramin di sini kerana disyaki terlibat dalam kes pemerdagangan orang melibatkan empat wanita warganegara Filipina.

Penahanan lelaki berusia 46 tahun itu dibuat selepas seorang pegawai Kedutaan Filipina yang sedang menjalankan program membantu tenaga kerja dari negara itu di sini, membuat laporan polis ekoran aduan daripada keempat-empat wanita itu pada 11 pagi semalam.

“Hasil temu bual awal, keempat-empat mangsa yang berusia antara 25 dan 33 tahun dikatakan diminta oleh majikan mereka untuk memberi layanan istimewa berupa khidmat seks kepada pelanggan sedangkan tawaran asal kerja adalah sebagai tukang urut,” kata Ketua Polis Daerah Sibu ACP Saiful Bahari Abdullah.

Kesemua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan tidak pernah dipukul oleh majikan mereka itu, bagaimanapun mereka dihantar ke Hospital Sibu untuk pemeriksaan lanjut.

Lelaki berkenaan disiasat di bawah Seksyen 12 Akta Anti Permerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM) dan direman sehingga 1 Ogos bermula hari ini. – BERNAMA

Tags: pemerdagangan manusiapolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd