• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penghujahan Kes Pendakwaan Lawan Maria Chin 11 Okt

oleh Ahmad Albab
19/07/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan akan mendengar penghujahan pada  11 Okt sama ada ia boleh mendengar rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan untuk membatalkan pertuduhan ke atas pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah.

Chin, 61, didakwa di Mahkamah Sesyen pada 1 Okt 2015 kerana gagal memberi notis 10 hari kepada polis daerah Brickfields sebelum menganjurkan perhimpunan di hadapan pusat beli-belah NU Sentral di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields di sini antara 2 petang dan 3 petang pada 29 Ogos 2015.

Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang membawa hukuman maksimum denda RM10,000 jika disabitkan kesalahan.

Chin kemudian memohon kepada  Mahkamah Tinggi untuk membatalkan pertuduhan itu, bagaimanapun permohonannya  ditolak oleh mahkamah pada 18 April 2016. Pada 7 Sept tahun sama, Mahkamah Rayuan membuat keputusan yang memihak kepadanya.

Hari ini, Ketua Hakim Negara Tan Sri Md Raus Sharif yang mempengerusikan panel lima hakim, mengarahkan pendakwaan dan responden supaya memfailkan penghujahan masing-masing selepas peguam M. Puravelan yang mewakili aktivis sosial itu, membantah rayuan berkenaan.

​​​​​​​Puravelan berkata Mahkamah Persekutuan tidak boleh mendengar rayuan itu oleh kerana perkara itu asalnya dari Mahkamah Sesyen.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Hamdan Hamzah berhujah bahawa Mahkamah Persekutuan mempunyai bidang kuasa untuk mendengar perkara itu memandangkan ia melibatkan isu perlembagaan.

Bersidang bersama Md Raus dalam panel berkenaan ialah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan tiga Hakim Mahkamah Rayuan iaitu Tan Sri Zainun Ali, Tan Sri Abu Samah Nordin serta Tan Sri Zaharah Ibrahim. – BERNAMA

Tags: kes mahkamahMaria Chin Abdullah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JIPS Siasat Tindakan Juruiring Tahan Kenderaan Berat Secara Tiba-tiba

Penggangur Didakwa Tipu RM8,000 Konon Boleh Bantu Selesai Kes Mahkamah

26/02/2024
0

Butterworth: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan memperdaya seorang lelaki menyerahkan RM8,000 bagi...

Kes Mahkamah: UMNO Tak Pernah Minta Campur Tangan PM

Kes Mahkamah: UMNO Tak Pernah Minta Campur Tangan PM

23/08/2022
0

IPOH - UMNO tidak pernah mendesak sebarang campur tangan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung kes mahkamah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd