• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengarah Syarikat Didenda Gagal Kemuka Cukai GST

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Seorang pengarah syarikat pembinaan dikenakan hukuman denda RM6,000 bagi keseluruhan enam kesalahan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas gagal mengemukakan penyata Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dalam tempoh yang ditetapkan.

Hakim Azman Abu Hassan menjatuhkan hukuman itu selepas Ahmad Fitri Zainol Abidin, 53, dari Illiasco Corporation Sdn. Bhd., mengaku bersalah terdapat semua pertuduhan yang dibacakan secara berasingan.

Dia dikenakan denda RM1,000 bagi setiap pertuduhan dan turut berdepan hukuman tiga bulan penjara bagi setiap peruduhan jika gagal membayar denda berkenaan.

Dia didakwa gagal mengemukakan penyata GST dari April hingga November 2015 mengikut Seksyen 41 (1) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di stesen Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Persiaran Sultan Abdul Hamid, dekat sini, pada 29 Jun dan 31 Jan 2015, manakala empat lagi kesalahan pada 31 Jan 2016.

Kesemua kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 41 (6) akta yang sama dan boleh dijatuhkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi setiap pertuduhan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Mohd Ridhauddin Jamaluddin manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

Tags: GST
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Saya Tidak Mahu Cukai Ke Atas Rakyat Secara Menyeluruh – PMX Anwar

Saya Tidak Mahu Cukai Ke Atas Rakyat Secara Menyeluruh – PMX Anwar

18/08/2026
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan akan mengekalkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebagai asas sistem...

PH Dakwa Najib Gagal Tingkatkan Taraf Hidup Rakyat, Laksanakan GST

PH Dakwa Najib Gagal Tingkatkan Taraf Hidup Rakyat, Laksanakan GST

04/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong mendakwa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengamalkan politik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd