• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peneroka Mahu Kemelut FGV Selesai Dengan Baik

oleh AK-47
06/07/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) mahu kemelut Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) berkesudahan dengan baik, kata Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Beliau berkata walaupun kemelut syarikat senaraian awam itu tidak akan menjejaskan peneroka, namun rata-rata peneroka yang ditemuinya menyatakan harapan agar FGV menjadi sebuah syarikat yang ditadbir urus dengan baik dan kembali fokus kepada usaha mencapai keuntungan.

“Peneroka juga merupakan pelabur dan pemegang saham, selagi pengurusan baharu, lembaga pengarah baharu dan kesudahan kepada siasatan yang baik, pelaburan peneroka adalah selamat dan terjamin.

“Semua mempunyai harapan dan positif bahawa akhirnya ada kesudahan yang baik kepada FGV,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat mengenai persiapan Sambutan Hari Peneroka Peringkat Kebangsaan 2017, di sini hari ini.

Ditanya mengenai kepercayaan keseluruhan 112,635 keluarga peneroka terhadap FGV, beliau berkata operasi anak syarikat Felda itu berjalan seperti biasa dan pengurusannya mampu untuk menjalankan tanggungjawab mereka.

Mengenai siasatan dalaman FGV, Shahrir enggan mengulas lanjut dan menyerahkan kepada lembaga pengarah FGV untuk menyelesaikan perkara itu.

Kemelut FGV mendapat perhatian apabila bekas Pengerusinya, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan Lembaga Pengarahnya mengarahkan Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Datuk Zakaria Arshad serta tiga pegawai pengurusan kanan FGV bercuti bermula 6 Jun lalu.

Tiga pegawai kanan itu ialah Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan FGV, Ahmad Tifli Mohd Talha; Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products Sdn. Bhd., Kamarzaman Karim dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading, Ahmad Salman Omar.

Isa dilaporkan berkata arahan bercuti itu bagi membolehkan siasatan dalaman berhubung urus niaga FGV dan Safitex Trading LLC, sebuah syarikat Afghanistan.

Bagi mencari penyelesaian terhadap kemelut pentadbiran FGV itu, kerajaan melantik bekas Menteri di Jabatan Perdana

Mengenai Sambutan Hari Peneroka Peringkat Kebangsaan 2017, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim yang turut serta pada sidang media itu, berkata kira-kira 30,000 pengunjung akan hadir pada program itu yang akan diadakan di Dataran Putrajaya, di sini pada 21 hingga 23 Julai ini.

Katanya program Ekspresi Felda Negaraku Malaysia akan turut diadakan sempena sambutan itu yang menyenaraikan kira-kira 50 aktiviti menarik, bertujuan menunjukkan sumbangan dan kejayaan Felda kepada masyarakat umum.

“Ada banyak cerita-cerita positif Felda yang tidak dapat kita kongsi kerana kita terlalu sibuk dengan masalah lain. Kita tidak nafikan masalah itu wujud, tetapi pada masa yang sama kita juga tidak patut ketepikan pencapaian peneroka kita,” katanya.

Antara acara yang akan diadakan adalah karnival jualan murah, gerai makanan dan trak makanan, ‘Meneroka Felda bersama Upin Ipin’, pameran produk inovasi Felda serta Konsert Ekspresi Negaraku melibatkan artis generasi Felda. – BERNAMA

Tags: FGVTan Sri Shahrir Abdul Samad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

02/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa kerjasama Felda Global Ventures (FGV) bersama Majlis...

Serangan PH Terhadap FGV Dan FELDA : Apa Agenda Utama?

Serangan PH Terhadap FGV Dan FELDA : Apa Agenda Utama?

28/06/2022
0

Sejak beberapa hari ini, boleh dilihat PH berusaha untuk menjatuhkan kredibiliti FGV dan FELDA dengan pengumuman Mesyuarat Agung FGV untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd