• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penduduk Malaysia Dianggar 32 Juta Tahun Ini

oleh AK-47
16/07/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Penduduk Malaysia pada tahun ini dianggarkan berjumlah 32 juta, 28.7 juta daripadanya warganegara dan selebihnya bukan warganegara, menurut Jabatan Statistik.

Dalam kenyataan hari ini, jabatan itu berkata secara keseluruhan, jumlah penduduk negara ini bertambah 1.3 peratus daripada 31.6 juta tahun lepas.

Katanya, jumlah penduduk lelaki pada tahun ini terus melebihi jumlah penduduk perempuan, dengan nisbah jantina bagi tempoh 2016-2017 kekal pada 107 lelaki bagi setiap 100 perempuan.

“Nisbah jantina bagi warganegara dan bukan warganegara juga kekal pada 102 dan 157 bagi tempoh sama,” kata jabatan tersebut lagi.

Sementara itu, peratusan penduduk yang berusia 0-14 tahun pada 2017 menurun kepada 24.1 peratus daripada 24.5 peratus pada 2016.

Menurut jabatan itu, peratusan penduduk berusia 15–64 tahun meningkat daripada 69.5 peratus pada 2016 kepada 69.7 peratus tahun ini.

“Pertambahan penduduk dalam kumpulan usia ini menyumbang kepada peningkatan usia median (28.3 tahun),” katanya.

Jabatan itu berkata anggaran semasa penduduk bagi tempoh 2016-2017, yang dibuat berdasarkan Banci Penduduk dan Perumahan 2010, mengambil kira tiga komponen utama perubahan penduduk iaitu kelahiran, kematian dan penghijrahan. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menyeru masyarakat menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim...

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pensyarah dan pakar pendidikan, Dr. Anuar Ahmad mempersoalkan kesungguhan pelbagai pihak dalam merealisasikan sistem sekolah satu aliran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd