• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peminat Dakwa Syafiq Kyle Kurus Sebab Ambil Dadah?

oleh
27/07/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON drama Mencintaimu Mr Photographer, Syafiq Kyle mengaku terkejut dengan dakwaan sesetengah pihak mengatakan dia kononnya mengambil dadah berikutan keadaan badannya yang makin susut.

Syafiq, 25, sebaliknya menjelaskan penurunan berat badannya itu secara kebetulan atas sebab pengamalan pemakanan dan gaya hidup sihat yang diamalkan sejak kebelakangan ini.

Ia bukannya berpunca daripada pengambilan dadah seperti mana yang digembar-gemburkan.

Berikutan perkara tersebut, pelakon ini tidak boleh memberi sebarang komen sekiranya ada di kalangan peminat yang berpendapat sedemikian kerana itu adalah hak mereka.

Dia juga berasa pelik mengapa netizen gemar mengaitkan dadah dengan orang kurus.

“Saya juga tidak faham bila orang kurus sahaja mesti nak dikaitkan dengan dadah.

“Dulu mungkin saya suka makan saja dan tidak mengamalkan senaman, jadi sekarang ini saya telah seimbangkan kedua-duanya supaya saya dapat mempunyai badan yang ideal dan sihat.

“Saya tidak kisah orang nak kata apa janji saya tahu apa yang dilakukan ini adalah betul,” katanya dipetik Astro Gempak.

Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak atau lebih dikenali sebagai Syafiq Kyle merupakan seorang pelakon tanah air yang semakin meningkat naik dalam dunia pentas seni.

Dia mula menempa nama dalam bidang ini melalui watak Johan dalam drama bersiri Tanah Kubur yang dilakonkan bersama-sama pelakon senior Nasir Bilal Khan dan Hamidah Wahab. – MYNEWSHUB.CC/Amy Maizura

Tags: dadahSyafiq Kyle
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd