• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PDRM Umum Pertukaran 4 Lagi Pegawai Kanan

oleh AK-47
07/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis DiRaja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran empat lagi pegawai kanannya berkuat kuasa 7 Ogos ini.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM SAC Datin Asmawati Ahmad berkata pertukaran itu melibatkan Timbalan Komander Briged Tenggara, Pasukan Gerakan Am, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Pahang ACP Norizan Murad.

Beliau berkata Norizan akan memegang jawatan Ketua Penolong Pengarah Urusetia, Cawangan Urusetia, Bahagian Kepolisan Am Jabatan KDNKA Bukit Aman yang disandang ACP Mohd Abduh Ismail manakala Mohd Abduh mengambil alih jawatan Norizan.

Penolong Pengarah Narkotik (Risikan) Zon 1, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman ACP S. Batumalai pula bertukar ke jawatan Ketua Pusat Penyelidikan Sumber dan Kajian Kurikulum Maktab PDRM Kuala Lumpur.

“Jawatan Batumalai akan diambil alih oleh Supt Ravindar Singh yang kini menyandang jawatan sebagai Ketua Unit (Jenayah Syarikat), Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman dengan memangku pangkat ACP,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Selasa lepas, PDRM mengumumkan kenaikan pangkat dan pertukaran 46 pegawai kanan termasuk pelantikan empat pengarah dan empat ketua polis negeri yang baharu berkuat kuasa 7 Ogos.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata rombakan dalam pasukan keselamatan itu bertujuan memperkemas PDRM dan sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-14 serta temasya Sukan SEA 2017. – BERNAMA

Tags: PDRMSAC Datin Asmawati Ahmad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Beri Amaran Ambil Tindakan Tegas Sebar Fitnah, Provokasi Di Media Sosial

Polis Beri Amaran Ambil Tindakan Tegas Sebar Fitnah, Provokasi Di Media Sosial

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Sejak kebelakangan ini media sosial dijadikan medan interaksi untuk menyebarkan hantaran atau komen berbaur hasutan serta perdebatan...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd